-
Selamat Hari Raya
Monday, August 29, 2011
mcm apa yg tertulis kat title blogpost kali ni...
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
tu je. mekaseh.
#bagi ah duit raya kat saya ni ha. yuran UPM tak bayar lagi. SOBS. (T_T)half-concious writer rizal_everdeen at 8:59 PM | Labels: little notes | 0 whispers |
-
Hari Raya Tahun Ini...
Thursday, August 25, 2011
motif : nak tunjuk yg saya ada fesbuk dgn twitter. pffftt. (-_-)
sebab sebenar : raya kat hospital tahun ni. rujuk post ini.
perasaan : tiada. LANGSUNG TIADA.
harapan : nak masuk UPM cepat2. secepat yg boleh.
konklusi : sumpah tak tau. BLANK._______________________________________________________
*ini bukan post menarik simpati bagai. ini hanya satu bentuk luahan perasaan. kalau org lain boleh post pasal kpop, buah hati yg takkan dapat, politik kotor, cerekarama, gambar2 bogel, haiwan2 comel, manik2 buatan tgn, makanan berkolestrol tinggi, bla bla bla... kenapa pula saya tak boleh nak luahkan hati yg duka ni? GET A LIFE HATERS, please.
*plus, [sama mcm ramai org kata] ini blog aku, lantak ah aku nak tulis hape!
*selamat hari raya in advance, kot2 saya lak yg mati esok.half-concious writer rizal_everdeen at 10:58 PM | Labels: little notes, the heart is talking | 0 whispers |
-
Musibah : Ia Boleh Datang Bila-Bila.
Wednesday, August 17, 2011
senyuman iniyang semua orang rindukannamun bila musibah dah datang,kita hanya mampu berdoadan ikhtiar selagi boleh.5/8/2011 - Jumaat
- Abah suruh Kaklin & Abg Ai pergi hospital.
- Kaklin dah start keluar bintik2 kat tgn maka beliau takut kot2 kena Denggi.
- pukul 10 - 12, lepas periksa dgn doktor dia kena masuk wad pasal platelet dia rendah.
9/8/2011 - Selasa
- masih lagi di wad pasal doktor kata bkn Denggi tapi penyakit lain.
- 5:30 pagi tu beliau kata beliau mcm kena cekik, cuba utk panggil nurse tapi suara tak keluar.
- pergi tandas, keluar dari tandas je terus mula utk hilang ingatan/perubahan perangai.
- tarik2 cadar, tak bercakap, asyik baring + tidur je, mata buntang kalau terjaga, agresif tahap kedua [seakan-akan dirasuk, etc]
- Abah panggil org2 yg mahir dlm ilmu2 perubatan Islam, kurang sikit perubahan perangai.
10/8/2011 - 11/8 2011 - Rabu - Khamis
- jadi normal balik, boleh berborak.
12/8/2011 - 14/8/2011 - Jumaat - Ahad
- taknak bercakap balik, badan lemah, sama macam hari Selasa tp tak agresif.
- makin lama makin kurang respons, badan makin lemah.
15/8/2011 - Isnin
- waktu nak masukkan tiub ikut hidung [dah nak seminggu tak makan, takde zat dlm badan, terpaksa guna tiub, masukkan susu] ada kesan2 darah, bila tarik guna syringe darah banyak yg keluar.
- paras oksigen makin rendah, kena pakai alat bantuan pernafasan.
- doktor kata semakin kritikal, disenaraikan masuk ICU.
- 4:30 petang masukkan ke ICU dan diteruskan rawatan.
16/8/2011 - sekarang [17/8/2011] - Selasa - Rabu
- masih di ICU dan masih lagi dgn rawatan yg dah ditetapkan oleh doktor2 pakar.
____________________________________
*kronologi kat atas ni berdasarkan apa yg saya faham. mungkin berubah mengikut penceritaan org lain.*
waktu nak tunggu Kaklin masuk ICU tu, saya dengan Kakngah [sepupu], temankan beliau yg sedang terlantar sakit tu. kami berdua sempat la jugak tanya doktor yg tgh periksa Kaklin. dia kata Kaklin ni kena penyakit TTP.
jadah apa TTP ni? sila check link ini dan link ini utk keterangan lanjut. simptom2 dia sama dgn apa yg Kaklin alami sejak beliau dimasukkan hari pertama ke wad.
skrg ni bukan nak salahkan doktor ke hape ke. semua org dah buat sedaya upaya. semua org dah buat kerja masing2. skrg ni kita sama doakan kepada ALLAH agar beliau cepat sembuh.
"ya ALLAH, kau bantulah akakku ini utk mengharungi segala kesulitan yg Engkau turunkan. kami hanya mampu menyerah kepadaMu. sesungguhnya Engkaulah Maha dlm segala-galanya."
- well i've been afraid of changes, 'cause i built my life around you -Landslide by Fleetwood Machalf-concious writer rizal_everdeen at 2:27 PM | 2 whispers |
-
Perubahan.
Friday, August 12, 2011
half-concious writer rizal_everdeen at 3:36 PM | Labels: little notes | 2 whispers |
-
Ramadhan Ya Ramadhan
Tuesday, August 2, 2011
Ahlah Wasahlan Ya Ramadhan!
syukur Alhamdulillah tahun ni dpt jugak berpuasa lagi. hikhik. eksaited dia tu mmg tak boleh nak kata ah. EKSAITED DLM KEADAAN SPEECHLESS. bayangkan ah mcm mana tu. :)misi utama : penyucian jiwa
moga2 berjaya!
tu je utk post kali ni. ASSALAMUALAIKUM. :)
pakar konspirasi,
- i'll be my own saviour -half-concious writer rizal_everdeen at 1:23 PM | Labels: little notes, the heart is talking | 0 whispers |
