-
Tentang Seseorang
Sunday, April 7, 2013
ku lari ke hutan kemudian menyanyikuku lari ke pantai kemudian teriakkusepisepi dan sendiri aku benciaku ingin bingaraku ingin ke pasarbosan aku dengan penatenyah saja kau pekataku berjelaga jika ku sendiri
pecahkan saja gelasnya biar ramaibiar mengaduh sampai gaduhada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putihmengapa tak goyangkan saja locengnya biar terdera?atau aku harus lari ke hutanbelok ke pantai?
half-concious writer rizal_everdeen at 11:11 AM | Labels: edited lyrics, memories | 0 whispers |
-
Buka Lembaran Baru Mungkin?
Thursday, March 21, 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... biar dimulakan dengan formal. hujung-hujung nanti dah mula merepek dah. hiks.
*hembus-hembus habuk*
*vakum sana sini*
*lap-lap*
*sapu-sapu*
yep. dah lama sangat aku tinggalkan blog ni.
terabai. kesian dia.
sebenarnya aku ada tulis satu entri pada 14/01/2013 tapi itu lebih kepada meroyan-luahan hati-etc tapi kali ini aku nak ceritakan apa yang dah berlaku dari Januari hingga sekarang.
boleh kan?
alah. kalau tak boleh pun, ini blog aku. kisah pulak apa kau nak kata. haha!
baiklah. ayuh kita teruskan. ehem.
Mekah - Madinah - Umrah
01/02/2013 - 14/02/2013. selama dua minggu aku disana.
9 hari di Mekah dan 5 hari di Madinah.
untuk kali pertama aku ke luar negara.
untuk kali pertama aku ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.
untuk kali pertama aku beribadah tanpa rasa dihakimi.
lain sangat rasanya.
campur pula dengan pengalaman-pengalaman yang menarik dan orang-orang yang bervariasi latar belakang yang datang dengan satu tujuan... beribadah kepada ALLAH.
seriously AWESOME. syukur Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menjadi tetamu rumah Allah dan penziarah makam Rasulullah. =)

ladang kurma. abaikan jerawat di muka.

di Masjidil Haram, membelakangi Menara Jam. cover album nasyid katanya.

lepas menziarah Kilang Al-Quran di Madinah.

di salah satu pintu di Masjid Nabawi.

lepas selesai umrah. muka pelik : ya. pakai lipstik : tidak.

ah lantak apa orang nak kata.

merpati di sana sihat-sihat kesemuanya. GERAM!
Rambut
rambut rambut rambut.
kalau siapa yang kenal aku, memang akan tahu betapa obsesnya aku kat rambut aku. simetri, angin, cermin dan yang lain-lain.
tak perlulah aku jelaskan dengan lebih lanjut.
faham-faham sahajalah. hiks.
sebelum ke Tanah Suci haritu, aku putuskan untuk potong rambut.
rambut panjang yang aku sayang...
sobs. *kesat air mata*
dengan alasan malas nak bayar dam [rambut gugur, etc etc etc], aku potong rambut yang panjang tu menjadi lebih pendek.
dan aku tak tahu rambut ni okay ke tak sebenarnya.
banyak wax kena pakai weh!
habis segala kimia meresap dalam otak aku. (-_-)

sebelum.
mak aku okay je dengan rambut ni
tapi ada pihak kata aku nak jadi perempuan.
ah bangang sungguh manusia berfikiran sempit ni.
Meroyan
eh. tak perlu nak stereotaip sangat.
ingat wanita lepas bersalin je ke yang meroyan?
zaman sekarang semua orang pun boleh meroyan lah.
wanita dara, wanita menopause, bahkan lelaki teruna pun meroyan.
gara-gara "Jiwa Kacau" dan "Kenangan Lalu Mengusik Jiwa".
klise sangat.
yep. aku meroyan.
meroyan kerana itu.
meroyan kerana ini.
meroyan kerana hati.
kadang-kadang benda tu tak penting pun untuk difikirkan secara melampau tapi biasalah.... manusia.
mana pernah sempurna.
akhirnya aku mengguna konsep "Distraction".
gangguan dari apa yang aku meroyan tu.
apa je yang aku buat?
fokus dalam kelas. baca novel menggunung. sibukkan diri dengan aktiviti. luah perasaan yang terbuku kat kawan-kawan rapat. etc etc etc.
dalam usaha mencari siapa diri aku, aku cuba segala cara apa yang ada.

satu senyuman sembunyi seribu rahsia, seribu duka.
itu sahaja rasanya yang mampu aku tulis untuk entri kali ni.
bergantung kepada anda untuk menganggap ini satu entri serious atau tidak.
bergantung kepada aku untuk tulis apa yang aku nak.
ironi. HAHA!
sekian.
half-concious writer rizal_everdeen at 6:50 PM | Labels: memories, photoshoot, the heart is talking | 0 whispers |
-
Terima Kasih
Monday, January 14, 2013
malam bulan di pagar bintang~
"OI! SUARA MACAM KATAK TAK PAYAH NYANYI! DIAM!" jerit satu suara yang biasa didengari.
aku terdiam. aku teruskan membasuh baju. dalam hati, aku sentap. aku sedih apabila apa yang aku suka buat ditegah.
"kenapa aku tak boleh menyanyi?" kataku sendirian dalam hati.
* * * *
"weh aku nak tanya...."
"weh aku nak tanya...." ejek seseorang dengan nada suara yang menyakitkan hati, dengan nada yang jauh dari nada suara aku.
aku terdiam lagi. aku tutup buku dan aku pergi ke tempat lain. aku sedih sekali lagi. aku tak sangka begini sekali mereka perlakukan aku.
"ya. mungkin mereka ingin bergurau," pujuk diriku sendiri.
* * * *
"weh Rizal, kau dah.... bla bla bla bla"
aku dengar tetapi aku biarkan ia melepasi kedua-dua belah telinga aku.
jadi beginilah aku? aku hanya wujud apabila kamu semua memerlukan pertolongan? sebelum ni aku hanya bahan cacian dan bahan kutukan? aku punya kewujudan diabaikan dan kerana itulah aku punya perasaan dan hati menjadi permainan?
baiklah. keluar aku sahaja aku dari sini, aku akan tinggalkan segalanya juga disini.
semua memori.
semua ingatan.
semua seksaan.
semua kepahitan.
SEMUA.
* * * *
2 tahun berlalu...
"weh untuk Perkampungan Canselor nanti nyanyi lagu Raya satu ea?"
"FESTIK awak ambil watak Tok Siak tau. awak sinis, itu yang saya suka tu,"
"FESTARI kau wajib join weh. kau boleh menari oh!"
aku tersenyum. sejak aku masuk ke UPM ini, aku rasa dihargai dan diperlukan. diperlukan bukan kerana terdesak tetapi kerana apa yang sememangnya aku mampu lakukan.
sebelum ini, aku tidak tahu apa potensi diri aku tetapi di sini, aku berjaya cungkil keluar kebanyakan darinya.
sebelum ini? aku hanya menjadi apa yang mereka inginkan, bukan diri aku sendiri.
aku sudah bergerak ke hadapan. aku tinggalkan semua yang dianggap tidak relevan di belakang.
mereka masih berada dalam pemikiran cetek yang sama seperti dulu. masih lagi merendahkan kebolehan orang lain. masih tidak dapat menerima hakikat.
aku tidak menyesal untuk melupakan mereka.
aku tidak menyesal meninggalkan mereka.
bahkan aku lagi berpuas hati dengan keputusan yang aku ambil.
- - - -
nota kaki:
kepada mereka telah menerima aku seadanya semenjak aku masuk ke Universiti Putra Malaysia ini, aku ucapkan jutaan terima kasih.
terima kasih kerana menerima aku.
terima kasih kerana menyedari kewujudan aku.
terima kasih kerana membantu aku mencari diri aku dan potensi kebolehan aku.
terima kasih atas segalanya.
kepada mereka yang membuat 5 tahun aku terseksa dahulu, aku ucapkan juga terima kasih.
terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa diluar sana terdapat banyak lagi manusia yang tidak prejudis dan masih berperikemanusiaan.
terima kasih kerana memberi diri aku satu bentuk paksaan untuk bangkit dengan sendiri setelah kamu menjatuhkan aku.
terima kasih kerana membuka mata aku bahawa sekolah menengah hanyalah satu fasa dan tidak kekal selamanya.
terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasa kesusahan dahulu sebelum aku menemui satu bentuk kesenangan disini.
dengan ini aku meninggalkan semua ingatan dan memori aku yang 5 tahun itu dimana ianya bermula, di sekolah itu sendiri.
aku sudah membuka minda aku. kamu bila lagi?
p/s: "weh Maula!" "excuse me, do i know you? kita pernah kenal ke? and who is this Maula? my name is Rizal," -- jangan terkejut jika situasi ini berlaku. aku nekad untuk meninggalkan semuanya di belakang.half-concious writer rizal_everdeen at 3:53 PM | Labels: memories, the heart is talking | 4 whispers |
-
Segunung Buku
Thursday, December 20, 2012
baiklah. pertama sekali maaf kerana dah lama tak menaip untuk blog ni. rasa macam berdosa pulak mengabaikan kebajikan blog ni. gittuewwww. haha
apa-apa pun, dari 7hb Disember hari tu hingga 23hb Disember yang akan datang, Big Bad Wolf Books telah mengadakan jualan buku besar-besarannya untuk sekali lagi pada tahun ini. percayalah bila aku kata ni, kerana aku telah pergi jualan buku tu sebanyak LIMA KALI. aku ulangi, LIMA KALI.lima kali kali lawatan telah membuatkan aku berjaya meraih lebih dari 25 buah buku. 15 pada hari pertama, 10 pada hari kedua, 3 pada hari ketiga, 4 pada hari keempat dan 5 pada hari kelima. jumlah keseluruhan = 37 buah buku!3 buah aku nak bagi kat mak aku [2 buku cross stitch dan 1 buku ikebana] dan 7 lagi aku bagi kat anak2 buah aku [buku kanak2 lah seharusnya]. yang baki 27 tu aku punyalah!hari pertama- The Things That Keep Us Here (Carla Buckley)
- People Who Deserve It : Socially Responsible Reasons To Punch Someone In The Face (Casey Rand and Tim Gordon)
- A Little Red Book of Very Dirty Words (Alexis Munier)
- Thursday's Child (Sonya Hartnett)
- The Kindest Thing (Cath Staincliffe)
- The Silent Land (Graham Joyce)
- Dark Inside (Jeyn Roberts)
- The Hypnotist (Lars Kepler)
- The Deranged Stalker's Journal Of Pop Culture Shock Therapy (Doug Bratton)
- The Almost Moon (Alice Sebold)
- The Gift (Cecelia Ahern)
- The Dragonfly Pool (Eva Ibottson)
- An Apple A Day : Old-Fashioned Proverbs And Why They Still Work (Caroline Taggart)
- Spilling The Beans On The Cat's Pyjamas : Popular Expressions - What They Meant and Where We Got Them (Judy Parkinson)
- satu buku motivasi yang aku lupa tajuk pasal aku bagi pinjam kat Maisarah. =P
hari kedua- Disney's The Little Mermaid (publisher: Parragon)
- Thomas And Friends : On The Tracks (publisher: HiT Entertainment)
- Hold On Tight, Stripy Horse! (Jim Helmore and Karen Wall)
- Alice In Wonderland (Emma Chichester Clark)
- 3 buah buku bergambar pasal transportations tapi aku lupa title dengan author pasal aku dah pass kat anak buah aku dah. haha.
- Every Dead Thing (John Connolly)
- Undercover Tai Tai (Maya O. Calica)
- A Thousand Years of Good Prayers (Yiyun Li)
hari ketiga- Tales Of Beedle The Bard (JK Rowling)
- Wicked (Gregory Maguire)
- Mistress Of Spices (Chitra Banerjee Divakaruni)
hari keempat- Incantation (Alice Hoffman)
- The Poisoned House (Michael Ford)
- Freaky Green Eyes : Can You See The Truth? (Joyce Carol Oates)
- Miso Pretty Sudoku (Frank Longo)
hari kelima- Lobcocks And Fartleberries : 18th Century Insults To Confound Your Foes (Francis Grose)
- The Book Of Hard Words (David Bramwell)
- Cross Stich Collection: On Safari (publisher: David and Charles Book)
- Cross Stich : By The Sea (Ursula Michael)
- Ikebana : A Fresh Look At Japanese Flower Arranging (Diane Norman & Michelle Norman)
oh wait there's MORE!jangan ingat yang aku beli buku kat Mines Convention Centre itu SAHAJA. jangan lupa yang aku juga ada share kat Kinokuniya sana tu. haha.aku juga telah beli buku2 daripada Buku Fixi, Lejen Press dan buku-buku lain sepanjang semester ini dah sebelum jualan buku Big Bad Wolf itu.- Jerat (Dayang Noor)
- Tabu (Shaz Johar)
- Pecah (Khairulnizam Bakeri)
- Cerpen (Nadia Khan)
- Dosa (Nuril Basri)
- Mangsa (Gina Yap Lai Yoong)
- Mental (Shaz Johar)
- Cekik (Ridhwan Saidi)
- Gergasi (Khairul Nizam Khairani)
- Bola (publisher: Buku Fixi)
- #CeritaSeram (Jarr Najmuddean)
- Kontrol Histeria (publisher: Lejen Press)
- Ketakutan (publisher: Lejen Press)
- Kolonial Mimpi (Sahidzan Salleh)
- Cerpen Twitter (Ajami Hashim)
- The Perks of Being a Wallflower (Stephen Chbosky)
- Miss Peregrine's Home for Peculiar Children (Ransom Riggs)
jumlah = 17 buah buku.jumlah keseluruhan buku yang aku miliki sem ni = 17 + 37 = 54!LIMA PULUH EMPAT BUAH BUKU DALAM MASA 4 BULAN! gila sungguh. O_Obegitulah dia kalau orang tu dah gila buku kan? hiks. ini lah antara punca kenapa sem ni aku jatuh merudum aku punya pointer [selain dari aktiviti kolej yang sangat SANGAT padat]. dah macam katalog pun ada dah aku tengok kat atas ni.moga2 sem depan aku tak perlu berbelanja dengan banyak untuk buku2 lagi. boleh jimat duit sikit sem depan. =3sekian dari saya. ciao.p/s: mungkinkah misi aku untuk mendapat ini tercapai? amiiiin insyaAllah. =)half-concious writer rizal_everdeen at 9:25 PM | Labels: knowledge corner, memories | 1 whispers |
-
Festival Tari Interkolej
Saturday, October 27, 2012
ini yang kita panggil anjakan paradigma.ini yang kita panggil revolusi.=)Tarian Tradisional - Zapin MalaysiaTarian Kreatif - Daurahp/s: dapat Anugerah Khas Juri je untuk kategori tradisional. juri suka dengan tarian zapin tu tapi tak cukup kemas/tak cukup seragam.p/s 2: cuba lah cari yang mana satu aku. haha.half-concious writer rizal_everdeen at 6:19 PM | Labels: event review, memories | 0 whispers |
-
Rambut
Wednesday, July 11, 2012
"sanggul ini ibarat status" - Marsinah, Teater Rumah Sakit Jiwa, 4 Julai 2012
sanggul itu hanya dibuat oleh wanita yang berambut panjang dan bak kata Marsinah sebentar tadi, ia adalah satu bentuk status. mungkin semakin besar sanggulnya, semakin tinggi darjatnya? entah lah. hanya mereka yang bersanggul sahaja yang tahu.
namun apa kaitannya dengan aku?
hanya satu : RAMBUT.
bagi aku pula, berambut panjang [seperti sekarang, contohnya] melambangkan satu bentuk kebebasan dalam hidup. kebebasan daripada peraturan sekolah. kebebasan untuk aku melakukan keputusan sendiri.
cukuplah dengan semua orang berkata:
"rambut kau panjang ni, POTONG!"
"rambut ni tak sesuai"
"rambut kau tak melambangkan produk keluaran sekolah ni"
eh, cukuplah!
tak puas lagi nak kawal hidup aku?

rambut... 
dan rambut... 
dan rambut lagi... namun bukan seperti gambar dibawah lah pastinya. biarpun stail seperti ini menarik namun tidak sampai ke situ untuk aku memperlakukan rambut aku. huhu.
Lady Gaga much? 
that colour... fuh! do follow me on twitter okay? search for @rizal_everdeen or just click HERE.itu sahaja untuk post kali ini. sekian.half-concious writer rizal_everdeen at 1:01 PM | Labels: memories, the heart is talking | 0 whispers |
-
Belasungkawa
Friday, June 8, 2012
Allahyarham Mohd Nor bin Ismail meninggal dunia pada tarikh 11 Mei 2012 (hari Jumaat) lepas, pada pukul 10:00 pagi di Seremban, Negeri Sembilan.Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Paroi.Al-Fatihah."dear abah, we will always remember you and we will always pray for you." - mak, kaklong, kaklin, kakmuni, abg rizal, menantu2 abah, cucu2 abahhalf-concious writer rizal_everdeen at 8:44 PM | Labels: memories, the heart is talking | 0 whispers |
-
MMMR KC + FESTIK
Monday, April 9, 2012
mintak maaf kepada pembaca yang setia [kalau ada] kerana dah lama sangat tak update blog. antara sebab-sebabnya adalah kekangan masa dan kekurangan idea/bahan untuk menulis.
okey. abaikan bebelan tu. sekarang ni... apa maksud MMMR KC dan FESTIK?
MMMR KC =Majlis Makan Malam Rasmi Kolej CanselorFESTIK =Festival Teater Interkolej
ya. saya join dua2 program ni setakat ni dan mungkin ada lagi program yang bakal menjelma. huhu. untuk MMMR, saya jadi AJK Unit Persembahan + MC latar + Penyanyi [Duet "Hati Emas" & Trio "Muda"] dan untuk FESTIK pulak saya pegang watak Tuk Siak [Teater "Gelanggang Tuk Wali"]
memang tak dinafikan yang dua2 program ni membuatkan saya sibuk seboleh-bolehnya tapi pengalaman dia memang menarik. kiranya untuk masa2 akan datang boleh la buat apa2 yang patut dulu pasal pernah handle sekali. huhu. rasanya sangat2 malas nak mengulas dengan lebih panjang. tengok2 gambar pun jadi lah kan? heee. enjoice.
kita mulakan dgn MMMR dulu. yang ada gambar saya sikit je. ni jelah antara yang sikit2 tu. haha.
yang utk teater haritu gmbr tak banyak, pasal tak ramai yang nak amek gmbr. huhu. ni je lah yang ada.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
ada janji kat Syasha nak cite pasal apa yg berlaku time teater haritu tapi nak cite kat sini macam public sangat pulak.
Syasha, nanti aku jumpa kau... aku cite ea! huhu.
half-concious writer rizal_everdeen at 10:01 PM | Labels: event review, memories | 2 whispers |
-
Selamat Tinggal Kawan
Tuesday, January 17, 2012
*sila nyanyi tajuk post tersebut macam lagu Dina tu*
Harris, Azwa, Syafiq, Jega.
mengikut urutan aku kenal mereka2 ni.
empat orang rakan.
rakan baik.
jarang aku mengaku yang aku ada rakan baik sebelum ini.
namun apabila bersama mereka.
situasi berubah.
merekalah rakan baik aku!
haha.
mereka berempat berjaya datang dalam hidup aku.
berjaya jadikan aku sebagai salah seorang daripada kawan mereka.
berjaya hidupkan hari2 aku di UPM yang selalunya kosong.
yang selalunya hambar.
yang selalunya BOSAN.
untuk kali pertama dalam hidup aku, aku diterima.
diterima seadanya.
prejudis jauh sekali.
aku diajak utk buat keputusan.
aku diajak utk berbincang.
aku diajak utk menyelesaikan masalah.
aku dianggap penting.
waktu sekolah?
waktu asasi?
aku sekadar pengikut.
perancangan dibuat tanpa keinginan aku.
aku hanya unsur asing.
anasir2 luar.
seperti gas2 nadir.
tak memberi apa-apa makna.
namun begitu.
yang dahulunya lima.
kini tinggal tiga.
seorang meneruskan perjuangan sebagai seorang guru.
berjuang demi anak2 bangsa.
demi negara dan seumpanya.
seorang lagi ke tanah asing.
mengikut keluarga dan terus menuntut ilmu disana.
ilmu yang lebih luas.
ilmu yang lebih banyak.
------------------------------------------------------------
perhatian kepada wanita2 diluar sana, dia dah berpunya. dah nak kahwin dah pun. haha. aku tau ada yang akan kata, "boleh tahan la mamat ni" atau sebagainya.
ini Harris. say hi to Harris everyone! :D
anyway, dia ni lah Harris. dia antara orang terawal yang aku kenal kat UPM. coursemate aku, classmate aku [kecuali TITAS dengan elektif asas. aku ambik ekonomi, dia ambik akaun] dan one of my acknowledged best friends. biarpun 4 bulan je kitaorg kenal tapi jujurnya aku kata, dia antara manusia yang sanggup tahan dengan perangai aku yang bising2 ni. dia akan berangkat pergi ke UK. London mungkin. bapa dia dihantar ke sana sebagai wakil kedutaan Malaysia, kalau tak silap aku ah. makanya, dia dan keluarga pun beramai-ramai pergi mengikuti ketua keluarga mereka.pesanan kpd anda : jangan lupa kami disini. kat sana nanti, tahap pemikiran omputeh lain sikit dari tanah air ni. makanya, [seperti yang pernah dikatakan sewaktu sesi luah perasaan kat McD haritu] bukalah pemikiran. jadi lebih open-minded dari sebelum ni.
GOODLUCK! :D
okey. beliau ini namanya Jegajeevan. haha. dia bukan budak degree ye. diploma apatah lagi. dia student MASTER. tinggal satu sem je lagi sebelum habis. master in TESL/English Literature, i'm not sure. budak2 lain semua kenal dia waktu minggu orientasi tapi aku kenal dia lambat sikit pasal terlibat dengan Malam Tunas Putra. dia antara beberapa manusia yang aku respek kerana dia sentiasa menjadi diri dia sendiri, dimana-mana sahaja. tiada prejudis dan tiada lakonan. dia selalu bawak kitaorang berlima keluar makan, keluar jalan, keluar pergi semua tempat. dia sem depan dah tak bersama lagi di UPM kerana dapat jawatan sebagai guru English kat Johor Bharu. dah beberapa tahun sebagai guru sementara namun akhirnya dapat jawatan sebagai guru tetap. lagipun, parents + relatives dia ramai kat johor-singapore jugak.
now this is Jega. say hi to Jega everyone! :P
pesanan kepada anda : sentiasa ingat kami semua. always be yourself like you are now. jadi cikgu yang berjaya kat johor tu nanti. lepastu, jangan lupa ajak kitaorg pergi kenduri kahwin tau?
---------------------------------------------------------------------------------------half-concious writer rizal_everdeen at 12:07 PM | Labels: memories, the heart is talking | 1 whispers |
-
And I Wish You All The Love In The World
Tuesday, September 6, 2011
tadi pergi lawat Kaklin kejap kat hospital. dia okey2 je. nmpk dah perubahan positif. dah boleh angkat2 tgn kaki bagai. cuma suara je tak keluar. mungkin pasal tiub kat leher tu menganggu kot.
masa tgk tadi, perasaan sgt sebak. nak nangis tu mcm susah sikit ah pasal saya ni ada waktu2 hati keras. waktu2 ramai org sedih selalunya hati saya jadi keras. mcm tu ah jugak, saya pun tak pasti. sebak pasal Kaklin nmpk eksaited bila jumpa saya. kami borak2...saya yg borak2 dgn dia sebenarnya. dia cuma buat gerak mulut je. saya kena jugak la buat dua-tiga kali tekaan. waktu saya kata "nanti kalau hujung2 minggu free, abg dtg ah lawat Kaklin"....ALLAH je yg tau perasaan saya. nak menangis ke hape ke mmg kena tahan. semata-mata nak bagi semangat balik kat Kaklin. semangat utk sembuh balik.
lagu ni saya mmg tuju utk Kaklin, kalau2 Kaklin dah sihat nanti dan tergerak hati nak baca post ni. ini perasaan hati seorang adik kpd akak, tambah2 lagi waktu Kaklin tgh sakit.
sila klik dibawah utk post penuh...
penulis blog dan Kaklin
half-concious writer rizal_everdeen at 6:33 PM | Labels: memories, the heart is talking | 1 whispers |
-
Melaka Oh Melaka [Part 2]
Friday, July 29, 2011
part 1 takde kaitan langsung dgn part 2 tp lokasinya je yg sama : MELAKA. :)
mekaseh kpd semua yg terlibat dlm menganjurkan percutian selama 3 hari 2 mlm ni.
barisan pelakon:

KN dan Meghe

Manap

Mamat

Supuk

Arep

Zubair

Tani

Naim

Adib

Ahmad

Nizam

Mucid
untuk berita lanjut sila klik link dibawah. :)
penulis blog yg "try-to-act-cute-but-FAILED"
half-concious writer rizal_everdeen at 6:58 PM | Labels: memories, photoshoot | 0 whispers |





.jpg)











