-
Festival Tari Interkolej
Saturday, October 27, 2012
ini yang kita panggil anjakan paradigma.ini yang kita panggil revolusi.=)Tarian Tradisional - Zapin MalaysiaTarian Kreatif - Daurahp/s: dapat Anugerah Khas Juri je untuk kategori tradisional. juri suka dengan tarian zapin tu tapi tak cukup kemas/tak cukup seragam.p/s 2: cuba lah cari yang mana satu aku. haha.half-concious writer rizal_everdeen at 6:19 PM | Labels: event review, memories | 0 whispers |
-
10 Minggu
Monday, August 27, 2012
hello. maafkan aku kerana dah lama aku tak menulis kat blog ni. sibuk katanya. baru-baru ni, aku lebih banyak mengaktifkan diri dalam Twitter. kalau nak jumpa kat twitter, search saja @rizal_everdeen. mih mih mih.
aku masih lagi dalam sesi bercuti. cuti semester dari 23 jun haritu sehingga 9 september akan datang. 11 minggu kot cuti. mati la kalau cuti ni online semata-mata. nak kerja part-time, tak boleh pasal kena teman emak yang masih lagi dalam tempoh mengambil kembali kekuatan setelah pemergian suami [ayah aku]. makanya, aku beli buku bebanyak lepas tu baca puas-puas sampai pengsan. haha.
ayuh kita lihat apa yang aku berjaya baca sehingga sekarang ni!
1) Freaks [Author : Kieran Larwood]
2) Five People You Meet In Heaven [Author : Mitch Albom]
3) For One More Day [Author : Mitch Albom]
4) Partials [Author : Dan Wells]5) Raven Mysteries : Ghosts And Gadgets [Author : Marcus Sedgwick]6) Raven Mysteries : Lunatics And Luck [Author : Marcus Sedgwick]7) The Golden Compass/Northern Lights [Author : Philip Pullman]8) The Subtle Knife [Author : Philip Pullman]9) The Amber Spyglass [Author : Philip Pullman]10) Raven Mysteries : Vampires And Volts [Author : Marcus Sedgwick]11) Raven Mysteries : Magic And Mayhem [Author : Marcus Sedgwick]12) Have A Little Faith [Author : Mitch Albom]13) Room [Author : Emma Donoghue]14) Invasi [Author : Raja Faisal]15) Hilang [Author : Dayang Noor]16) Murtad [Author : Hasrul Rizwan]17) Dendam [Author : Affifudin Omar]18) Zombijaya [Author : Adib Zaini]19) Bisik [Author : Syaihan Syafiq]20) Licik [Author : Sham Hashim & Julie Ann]21) Kelabu [Author : Nadia Khan]21 buah kesemuanya. target sebenar adalah 22 buah tapi kita lihat dulu minggu depan masih ada masa untuk membaca sebuah lagi atau tidak. minggu depan dah nak masuk UPM balik dah oh! teruja sekejap. hiks.sekali lagi, minta maaf [kepada siapa aku pun tak tau pasal aku pun tak pasti ada orang baca ke tak blog aku ni] pasal dah jarang menulis diruangan blogger ini. kalau nak lihat keaktifan melampau tahap hyper, boleh la lawat di ruangan twitter [@rizal_everdeen] ye? hiks.half-concious writer rizal_everdeen at 7:21 PM | Labels: knowledge corner, little notes, the heart is talking | 4 whispers |
-
Mengabaikan Perasaan Sendiri Itu Susah
Thursday, July 19, 2012
bila aku kena marah, mesti la aku terasa. tambah2 pulak aku kena marah pasal kesalahan orang lain. marah dia tu siap ungkit2 macam benda pulak tu. aku tak dapat nak bela diri pasal mereka ada autoriti yang lagi besar daripada aku. aku simpan rasa marah dalam hati je la.
bila dah marah, mesti semua benda akan terkena tempias sekali selain daripada hati. mood, cara penulisan, etc contohnya. takkan nak tetiba happy balik pulak? dah kena marah kot. JIWA DAN PERASAAN YANG TERASA SAKIT TU MASIH BELUM HILANG.
bila dah aku tulis nampak macam lain, dengan respon pun dah takde mood, ramai pulak yang terasa balik kat aku. ramai jugak yang marah sangat kononnya aku la yang sombong, aku la yang tak reti jaga hati dan perasaan, aku la yang kerek, aku la yang tak guna, aku la yang tak patut wujud kat dunia ni, aku la yang diaorang menyesal jumpa.
bila dah orang marah kat aku tu, aku pulak yang kena pujuk balik orang tu. aku la yang kena rendahkan diri menyatakan kononnya itu salah dan silap aku. aku la yang dok mengada-ngada rasa yang ini semua silap aku dan patut rasa bersalah nak mati, walhal AKU BARU LEPAS KENA MARAH NI.
bukan aku untuk ada orang terasa aku, aku mesti cari cara untuk orang tu rasa okey balik. aku mesti minta maaf balik. itu memang sifat aku dari dulu. aku cepat rasa bersalah biarpun benda2 tu kadang2 bukan besar mana pun dan kadang2 bukan salah aku pun.
tapi mana hak aku nak rasa marah ni? abaikan macam sekarang ni? simpan je kat sudut2 hati tu? simpan sampai aku naik gila? simpan sampai aku mati?
terus buat jangkaan je. terus kata aku ni macam-macam. takde ke nak bertanya apa-apa dulu? takde ke nak tahu apa masalah sebenar aku? takde ke nak tolong comfortkan aku? aku macam orang bodoh je dok minta maaf sana sini sedangkan hati aku tengah bergolak, membuak-buak, berkecai, rapuh, patah, hancur, bersepah, sakit, sedih, hampa, tawar, bla bla bla bla. sangat tak adil manusia sekeliling aku ni.
SANGAT. TIDAK. ADIL.
half-concious writer rizal_everdeen at 9:29 PM | Labels: the heart is talking | 2 whispers |
-
It's Hard.
Wednesday, July 18, 2012
it's hard being me.
it's hard when you want to play around, everybody else is already matured enough for you.
it's hard when you got to grow up too fast.
it's hard when you cannot even cherish your childhood.
it's hard when people don't see you.
it's hard when people don't take you seriously.
it's hard when you're talking about something serious, people think it's some kind of a joke.
it's hard when you're joking, people take it TOO seriously.
it's hard when you wanna help somebody but people don't trust you and ask help from somebody else instead.
it's hard when you wanna express yourself but people keep bringing you down.
it's hard to act like you don't feel anything but actually you do.
it's hard to hide your sadness behind all those smiles.
it's hard to take care of other people's feeling when they don't even care about yours.
it's hard to be you but it's harder to be me.
it's hard to be what you don't want to be.
it's hard to be me actually.
some people may see it as an attraction-seeking post but this is the is truth.half-concious writer rizal_everdeen at 3:50 PM | Labels: the heart is talking | 0 whispers |
-
Rambut
Wednesday, July 11, 2012
"sanggul ini ibarat status" - Marsinah, Teater Rumah Sakit Jiwa, 4 Julai 2012
sanggul itu hanya dibuat oleh wanita yang berambut panjang dan bak kata Marsinah sebentar tadi, ia adalah satu bentuk status. mungkin semakin besar sanggulnya, semakin tinggi darjatnya? entah lah. hanya mereka yang bersanggul sahaja yang tahu.
namun apa kaitannya dengan aku?
hanya satu : RAMBUT.
bagi aku pula, berambut panjang [seperti sekarang, contohnya] melambangkan satu bentuk kebebasan dalam hidup. kebebasan daripada peraturan sekolah. kebebasan untuk aku melakukan keputusan sendiri.
cukuplah dengan semua orang berkata:
"rambut kau panjang ni, POTONG!"
"rambut ni tak sesuai"
"rambut kau tak melambangkan produk keluaran sekolah ni"
eh, cukuplah!
tak puas lagi nak kawal hidup aku?

rambut... 
dan rambut... 
dan rambut lagi... namun bukan seperti gambar dibawah lah pastinya. biarpun stail seperti ini menarik namun tidak sampai ke situ untuk aku memperlakukan rambut aku. huhu.
Lady Gaga much? 
that colour... fuh! do follow me on twitter okay? search for @rizal_everdeen or just click HERE.itu sahaja untuk post kali ini. sekian.half-concious writer rizal_everdeen at 1:01 PM | Labels: memories, the heart is talking | 0 whispers |





















