Rss Feed
  1. Terima Kasih

    Monday, January 14, 2013

    malam bulan di pagar bintang~

    "OI! SUARA MACAM KATAK TAK PAYAH NYANYI! DIAM!" jerit satu suara yang biasa didengari. 

    aku terdiam. aku teruskan membasuh baju. dalam hati, aku sentap. aku sedih apabila apa yang aku suka buat ditegah. 

    "kenapa aku tak boleh menyanyi?" kataku sendirian dalam hati.

    * * * *

    "weh aku nak tanya...."
    "weh aku nak tanya...." ejek seseorang dengan nada suara yang menyakitkan hati, dengan nada yang jauh dari nada suara aku.

    aku terdiam lagi. aku tutup buku dan aku pergi ke tempat lain. aku sedih sekali lagi. aku tak sangka begini sekali mereka perlakukan aku.

    "ya. mungkin mereka ingin bergurau," pujuk diriku sendiri. 

    * * * *

    "weh Rizal, kau dah.... bla bla bla bla"

    aku dengar tetapi aku biarkan ia melepasi kedua-dua belah telinga aku. 

    jadi beginilah aku? aku hanya wujud apabila kamu semua memerlukan pertolongan? sebelum ni aku hanya bahan cacian dan bahan kutukan? aku punya kewujudan diabaikan dan kerana itulah aku punya perasaan dan hati menjadi permainan?

    baiklah. keluar aku sahaja aku dari sini, aku akan tinggalkan segalanya juga disini. 

    semua memori.
    semua ingatan.
    semua seksaan.
    semua kepahitan.
    SEMUA.

    * * * *

    2 tahun berlalu...

    "weh untuk Perkampungan Canselor nanti nyanyi lagu Raya satu ea?"
    "FESTIK awak ambil watak Tok Siak tau. awak sinis, itu yang saya suka tu,"
    "FESTARI kau wajib join weh. kau boleh menari oh!"

    aku tersenyum. sejak aku masuk ke UPM ini, aku rasa dihargai dan diperlukan. diperlukan bukan kerana terdesak tetapi kerana apa yang sememangnya aku mampu lakukan.

    sebelum ini, aku tidak tahu apa potensi diri aku tetapi di sini, aku berjaya cungkil keluar kebanyakan darinya.

    sebelum ini? aku hanya menjadi apa yang mereka inginkan, bukan diri aku sendiri.
    aku sudah bergerak ke hadapan. aku tinggalkan semua yang dianggap tidak relevan di belakang. 

    mereka masih berada dalam pemikiran cetek yang sama seperti dulu. masih lagi merendahkan kebolehan orang lain. masih tidak dapat menerima hakikat. 

    aku tidak menyesal untuk melupakan mereka. 
    aku tidak menyesal meninggalkan mereka.
    bahkan aku lagi berpuas hati dengan keputusan yang aku ambil.

    - - - -

    nota kaki:
    kepada mereka telah menerima aku seadanya semenjak aku masuk ke Universiti Putra Malaysia ini, aku ucapkan jutaan terima kasih.

    terima kasih kerana menerima aku.
    terima kasih kerana menyedari kewujudan aku.
    terima kasih kerana membantu aku mencari diri aku dan potensi kebolehan aku.
    terima kasih atas segalanya.

    kepada mereka yang membuat 5 tahun aku terseksa dahulu, aku ucapkan juga terima kasih.

    terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa diluar sana terdapat banyak lagi manusia yang tidak prejudis dan masih berperikemanusiaan.
    terima kasih kerana memberi diri aku satu bentuk paksaan untuk bangkit dengan sendiri setelah kamu menjatuhkan aku.
    terima kasih kerana membuka mata aku bahawa sekolah menengah hanyalah satu fasa dan tidak kekal selamanya.
    terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasa kesusahan dahulu sebelum aku menemui satu bentuk kesenangan disini.

    dengan ini aku meninggalkan semua ingatan dan memori aku yang 5 tahun itu dimana ianya bermula, di sekolah itu sendiri.

    aku sudah membuka minda aku. kamu bila lagi? 

    p/s: "weh Maula!" "excuse me, do i know you? kita pernah kenal ke? and who is this Maula? my name is Rizal," -- jangan terkejut jika situasi ini berlaku. aku nekad untuk meninggalkan semuanya di belakang.

  2. 4 whispers:

    1. misSbLurRy said...

      Lupakan yang pahit,kejarlah yang manis,buat apa kita suka tanpa hirau mereka yang berkata2 sinis,jauh di luar sana,ada lagi insan yang serupa dan seangkatan dengan minat kita..

    2. abylla said...

      no wonder tak leh pnggil kau Maula ea?? tukar nama la huhuhu.. Chill doe. sorang tak suka kita, ada seratus orang sayangkn kita. gitoo (>_<)

    3. EG said...

      Aku nak panggil mola jugak tak boleh ke ni?

    4. Ex-palamian said...

      I was an outcast too, and i hate 'that' high school too.