-
Black Sheep - The Clash At Demonhead
Friday, March 29, 2013
Hello again, friend of a friend, I knew you when.
Our common goal was waiting for the world to end.
Now that the truth is just a rule that you can bend.
You crack the whip, shape-shift and trick the past again.
I'll send you my love on a wire.
Lift you up, everytime, everyone, ooo, pulls away, ooo.
From you.
Got balls of steel, got an automobile, for a minimum wage.
Got real estate, I'm buying it all up in outerspace.
Now that the truth is just a rule that you can bend.
You crack the whip, shape-shift and trick, the past again.
I'll send you my love on a wire.
Lift you up, everytime, everyone, ooo, pulls a way, oo.
Mechanical bull, the number one.
You'll take a ride from anyone, everyone wants a ride, pulls away, oooh from you.
p/s: ini adalah antara OST untuk cerita Scott Pilgrim Vs The World dan....AWESOME gila weh lagu ni!half-concious writer rizal_everdeen at 8:37 AM | Labels: edited lyrics | 0 whispers |
-
Buka Lembaran Baru Mungkin?
Thursday, March 21, 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera.... biar dimulakan dengan formal. hujung-hujung nanti dah mula merepek dah. hiks.
*hembus-hembus habuk*
*vakum sana sini*
*lap-lap*
*sapu-sapu*
yep. dah lama sangat aku tinggalkan blog ni.
terabai. kesian dia.
sebenarnya aku ada tulis satu entri pada 14/01/2013 tapi itu lebih kepada meroyan-luahan hati-etc tapi kali ini aku nak ceritakan apa yang dah berlaku dari Januari hingga sekarang.
boleh kan?
alah. kalau tak boleh pun, ini blog aku. kisah pulak apa kau nak kata. haha!
baiklah. ayuh kita teruskan. ehem.
Mekah - Madinah - Umrah
01/02/2013 - 14/02/2013. selama dua minggu aku disana.
9 hari di Mekah dan 5 hari di Madinah.
untuk kali pertama aku ke luar negara.
untuk kali pertama aku ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.
untuk kali pertama aku beribadah tanpa rasa dihakimi.
lain sangat rasanya.
campur pula dengan pengalaman-pengalaman yang menarik dan orang-orang yang bervariasi latar belakang yang datang dengan satu tujuan... beribadah kepada ALLAH.
seriously AWESOME. syukur Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menjadi tetamu rumah Allah dan penziarah makam Rasulullah. =)

ladang kurma. abaikan jerawat di muka.

di Masjidil Haram, membelakangi Menara Jam. cover album nasyid katanya.

lepas menziarah Kilang Al-Quran di Madinah.

di salah satu pintu di Masjid Nabawi.

lepas selesai umrah. muka pelik : ya. pakai lipstik : tidak.

ah lantak apa orang nak kata.

merpati di sana sihat-sihat kesemuanya. GERAM!
Rambut
rambut rambut rambut.
kalau siapa yang kenal aku, memang akan tahu betapa obsesnya aku kat rambut aku. simetri, angin, cermin dan yang lain-lain.
tak perlulah aku jelaskan dengan lebih lanjut.
faham-faham sahajalah. hiks.
sebelum ke Tanah Suci haritu, aku putuskan untuk potong rambut.
rambut panjang yang aku sayang...
sobs. *kesat air mata*
dengan alasan malas nak bayar dam [rambut gugur, etc etc etc], aku potong rambut yang panjang tu menjadi lebih pendek.
dan aku tak tahu rambut ni okay ke tak sebenarnya.
banyak wax kena pakai weh!
habis segala kimia meresap dalam otak aku. (-_-)

sebelum.
mak aku okay je dengan rambut ni
tapi ada pihak kata aku nak jadi perempuan.
ah bangang sungguh manusia berfikiran sempit ni.
Meroyan
eh. tak perlu nak stereotaip sangat.
ingat wanita lepas bersalin je ke yang meroyan?
zaman sekarang semua orang pun boleh meroyan lah.
wanita dara, wanita menopause, bahkan lelaki teruna pun meroyan.
gara-gara "Jiwa Kacau" dan "Kenangan Lalu Mengusik Jiwa".
klise sangat.
yep. aku meroyan.
meroyan kerana itu.
meroyan kerana ini.
meroyan kerana hati.
kadang-kadang benda tu tak penting pun untuk difikirkan secara melampau tapi biasalah.... manusia.
mana pernah sempurna.
akhirnya aku mengguna konsep "Distraction".
gangguan dari apa yang aku meroyan tu.
apa je yang aku buat?
fokus dalam kelas. baca novel menggunung. sibukkan diri dengan aktiviti. luah perasaan yang terbuku kat kawan-kawan rapat. etc etc etc.
dalam usaha mencari siapa diri aku, aku cuba segala cara apa yang ada.

satu senyuman sembunyi seribu rahsia, seribu duka.
itu sahaja rasanya yang mampu aku tulis untuk entri kali ni.
bergantung kepada anda untuk menganggap ini satu entri serious atau tidak.
bergantung kepada aku untuk tulis apa yang aku nak.
ironi. HAHA!
sekian.
half-concious writer rizal_everdeen at 6:50 PM | Labels: memories, photoshoot, the heart is talking | 0 whispers |
-
Terima Kasih
Monday, January 14, 2013
malam bulan di pagar bintang~
"OI! SUARA MACAM KATAK TAK PAYAH NYANYI! DIAM!" jerit satu suara yang biasa didengari.
aku terdiam. aku teruskan membasuh baju. dalam hati, aku sentap. aku sedih apabila apa yang aku suka buat ditegah.
"kenapa aku tak boleh menyanyi?" kataku sendirian dalam hati.
* * * *
"weh aku nak tanya...."
"weh aku nak tanya...." ejek seseorang dengan nada suara yang menyakitkan hati, dengan nada yang jauh dari nada suara aku.
aku terdiam lagi. aku tutup buku dan aku pergi ke tempat lain. aku sedih sekali lagi. aku tak sangka begini sekali mereka perlakukan aku.
"ya. mungkin mereka ingin bergurau," pujuk diriku sendiri.
* * * *
"weh Rizal, kau dah.... bla bla bla bla"
aku dengar tetapi aku biarkan ia melepasi kedua-dua belah telinga aku.
jadi beginilah aku? aku hanya wujud apabila kamu semua memerlukan pertolongan? sebelum ni aku hanya bahan cacian dan bahan kutukan? aku punya kewujudan diabaikan dan kerana itulah aku punya perasaan dan hati menjadi permainan?
baiklah. keluar aku sahaja aku dari sini, aku akan tinggalkan segalanya juga disini.
semua memori.
semua ingatan.
semua seksaan.
semua kepahitan.
SEMUA.
* * * *
2 tahun berlalu...
"weh untuk Perkampungan Canselor nanti nyanyi lagu Raya satu ea?"
"FESTIK awak ambil watak Tok Siak tau. awak sinis, itu yang saya suka tu,"
"FESTARI kau wajib join weh. kau boleh menari oh!"
aku tersenyum. sejak aku masuk ke UPM ini, aku rasa dihargai dan diperlukan. diperlukan bukan kerana terdesak tetapi kerana apa yang sememangnya aku mampu lakukan.
sebelum ini, aku tidak tahu apa potensi diri aku tetapi di sini, aku berjaya cungkil keluar kebanyakan darinya.
sebelum ini? aku hanya menjadi apa yang mereka inginkan, bukan diri aku sendiri.
aku sudah bergerak ke hadapan. aku tinggalkan semua yang dianggap tidak relevan di belakang.
mereka masih berada dalam pemikiran cetek yang sama seperti dulu. masih lagi merendahkan kebolehan orang lain. masih tidak dapat menerima hakikat.
aku tidak menyesal untuk melupakan mereka.
aku tidak menyesal meninggalkan mereka.
bahkan aku lagi berpuas hati dengan keputusan yang aku ambil.
- - - -
nota kaki:
kepada mereka telah menerima aku seadanya semenjak aku masuk ke Universiti Putra Malaysia ini, aku ucapkan jutaan terima kasih.
terima kasih kerana menerima aku.
terima kasih kerana menyedari kewujudan aku.
terima kasih kerana membantu aku mencari diri aku dan potensi kebolehan aku.
terima kasih atas segalanya.
kepada mereka yang membuat 5 tahun aku terseksa dahulu, aku ucapkan juga terima kasih.
terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa diluar sana terdapat banyak lagi manusia yang tidak prejudis dan masih berperikemanusiaan.
terima kasih kerana memberi diri aku satu bentuk paksaan untuk bangkit dengan sendiri setelah kamu menjatuhkan aku.
terima kasih kerana membuka mata aku bahawa sekolah menengah hanyalah satu fasa dan tidak kekal selamanya.
terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasa kesusahan dahulu sebelum aku menemui satu bentuk kesenangan disini.
dengan ini aku meninggalkan semua ingatan dan memori aku yang 5 tahun itu dimana ianya bermula, di sekolah itu sendiri.
aku sudah membuka minda aku. kamu bila lagi?
p/s: "weh Maula!" "excuse me, do i know you? kita pernah kenal ke? and who is this Maula? my name is Rizal," -- jangan terkejut jika situasi ini berlaku. aku nekad untuk meninggalkan semuanya di belakang.half-concious writer rizal_everdeen at 3:53 PM | Labels: memories, the heart is talking | 4 whispers |
-
Majlis Makan Malam Rasmi Kolej Canselor 2012/2013
Friday, December 21, 2012
aku adalah MC manager [bersama Yap Ee Jia]. dihari kejadian, Ee Jia yang banyak bergerak tapi sebelum hari kejadian, aku yang siapkan sebahagian kerja. pembahagian tugas katanya.
tugas aku adalah menyediakan teks MC, teks bacaan doa, teks penyampaian anugerah, teks ucapan wakil pelajar tahun akhir, teks ucapan pengetua [yang 5-6 kali suruh tukar teks], teks ucapan VVIP [yang datang 1 jam lewat. TERIMA KASIH DATO!] dan teks2 lain yang berkaitan.
perasaan aku terhadap majlis? tiada. aku tak dapat nak komen pasal aku dapat rasakan yang HAK BERSUARA AKU DISEKAT OLEH PIHAK ATASAN.
apa-apa pun, ini je gambar yang sempat diambil. sekian.

Team Protokol
[dari kiri] : aku, Am [runner], Syafiq [runner], Aina [MTM pemantau], Oja [Floor manager]. Awan [MTM pemantau], Azlin [Stage manager], Amet [Technical manager], Ee Jia [MC manager]

bersama Floor manager [Oja]
p/s: senyuman paling manis itulah adakalanya menyimpan sakit hati yang paling dalam dan derita yang paling pahit.
bersama MC latar [Neng Nazirah] half-concious writer rizal_everdeen at 1:45 AM | Labels: event review, photoshoot | 0 whispers |
-
Segunung Buku
Thursday, December 20, 2012
baiklah. pertama sekali maaf kerana dah lama tak menaip untuk blog ni. rasa macam berdosa pulak mengabaikan kebajikan blog ni. gittuewwww. haha
apa-apa pun, dari 7hb Disember hari tu hingga 23hb Disember yang akan datang, Big Bad Wolf Books telah mengadakan jualan buku besar-besarannya untuk sekali lagi pada tahun ini. percayalah bila aku kata ni, kerana aku telah pergi jualan buku tu sebanyak LIMA KALI. aku ulangi, LIMA KALI.lima kali kali lawatan telah membuatkan aku berjaya meraih lebih dari 25 buah buku. 15 pada hari pertama, 10 pada hari kedua, 3 pada hari ketiga, 4 pada hari keempat dan 5 pada hari kelima. jumlah keseluruhan = 37 buah buku!3 buah aku nak bagi kat mak aku [2 buku cross stitch dan 1 buku ikebana] dan 7 lagi aku bagi kat anak2 buah aku [buku kanak2 lah seharusnya]. yang baki 27 tu aku punyalah!hari pertama- The Things That Keep Us Here (Carla Buckley)
- People Who Deserve It : Socially Responsible Reasons To Punch Someone In The Face (Casey Rand and Tim Gordon)
- A Little Red Book of Very Dirty Words (Alexis Munier)
- Thursday's Child (Sonya Hartnett)
- The Kindest Thing (Cath Staincliffe)
- The Silent Land (Graham Joyce)
- Dark Inside (Jeyn Roberts)
- The Hypnotist (Lars Kepler)
- The Deranged Stalker's Journal Of Pop Culture Shock Therapy (Doug Bratton)
- The Almost Moon (Alice Sebold)
- The Gift (Cecelia Ahern)
- The Dragonfly Pool (Eva Ibottson)
- An Apple A Day : Old-Fashioned Proverbs And Why They Still Work (Caroline Taggart)
- Spilling The Beans On The Cat's Pyjamas : Popular Expressions - What They Meant and Where We Got Them (Judy Parkinson)
- satu buku motivasi yang aku lupa tajuk pasal aku bagi pinjam kat Maisarah. =P
hari kedua- Disney's The Little Mermaid (publisher: Parragon)
- Thomas And Friends : On The Tracks (publisher: HiT Entertainment)
- Hold On Tight, Stripy Horse! (Jim Helmore and Karen Wall)
- Alice In Wonderland (Emma Chichester Clark)
- 3 buah buku bergambar pasal transportations tapi aku lupa title dengan author pasal aku dah pass kat anak buah aku dah. haha.
- Every Dead Thing (John Connolly)
- Undercover Tai Tai (Maya O. Calica)
- A Thousand Years of Good Prayers (Yiyun Li)
hari ketiga- Tales Of Beedle The Bard (JK Rowling)
- Wicked (Gregory Maguire)
- Mistress Of Spices (Chitra Banerjee Divakaruni)
hari keempat- Incantation (Alice Hoffman)
- The Poisoned House (Michael Ford)
- Freaky Green Eyes : Can You See The Truth? (Joyce Carol Oates)
- Miso Pretty Sudoku (Frank Longo)
hari kelima- Lobcocks And Fartleberries : 18th Century Insults To Confound Your Foes (Francis Grose)
- The Book Of Hard Words (David Bramwell)
- Cross Stich Collection: On Safari (publisher: David and Charles Book)
- Cross Stich : By The Sea (Ursula Michael)
- Ikebana : A Fresh Look At Japanese Flower Arranging (Diane Norman & Michelle Norman)
oh wait there's MORE!jangan ingat yang aku beli buku kat Mines Convention Centre itu SAHAJA. jangan lupa yang aku juga ada share kat Kinokuniya sana tu. haha.aku juga telah beli buku2 daripada Buku Fixi, Lejen Press dan buku-buku lain sepanjang semester ini dah sebelum jualan buku Big Bad Wolf itu.- Jerat (Dayang Noor)
- Tabu (Shaz Johar)
- Pecah (Khairulnizam Bakeri)
- Cerpen (Nadia Khan)
- Dosa (Nuril Basri)
- Mangsa (Gina Yap Lai Yoong)
- Mental (Shaz Johar)
- Cekik (Ridhwan Saidi)
- Gergasi (Khairul Nizam Khairani)
- Bola (publisher: Buku Fixi)
- #CeritaSeram (Jarr Najmuddean)
- Kontrol Histeria (publisher: Lejen Press)
- Ketakutan (publisher: Lejen Press)
- Kolonial Mimpi (Sahidzan Salleh)
- Cerpen Twitter (Ajami Hashim)
- The Perks of Being a Wallflower (Stephen Chbosky)
- Miss Peregrine's Home for Peculiar Children (Ransom Riggs)
jumlah = 17 buah buku.jumlah keseluruhan buku yang aku miliki sem ni = 17 + 37 = 54!LIMA PULUH EMPAT BUAH BUKU DALAM MASA 4 BULAN! gila sungguh. O_Obegitulah dia kalau orang tu dah gila buku kan? hiks. ini lah antara punca kenapa sem ni aku jatuh merudum aku punya pointer [selain dari aktiviti kolej yang sangat SANGAT padat]. dah macam katalog pun ada dah aku tengok kat atas ni.moga2 sem depan aku tak perlu berbelanja dengan banyak untuk buku2 lagi. boleh jimat duit sikit sem depan. =3sekian dari saya. ciao.p/s: mungkinkah misi aku untuk mendapat ini tercapai? amiiiin insyaAllah. =)half-concious writer rizal_everdeen at 9:25 PM | Labels: knowledge corner, memories | 1 whispers |




.jpg)

