Rss Feed
  1. Cabaran Di Hari Raya

    Tuesday, August 30, 2011

    Menggeledah kabinet utk mencari pinggan mangkuk bagai
    tahun ni emak telah menggunakan kuasa veto dan menyuruh saya utk mencari sendiri pinggan etc dan balang kuih raya sebanyak yg boleh dan buat apa yg patut dgn semua benda alah tu.
    campur sekali : keje memanjat tangga, menggeledah, membasuh, mengelap, mengisi kuih raya, membuka balang time org datang, mengisi kembali kalau habis, etc etc.


    Melayan sedara yg datang seakan-akan 3 rombongan bas
    SIYES mcm 3 bas yg datang. bagi sesetengah org, keje2 angkut pinggan dari dapur ke ruang tamu + buat air + basuh pinggan + etc etc ni keje si gadis atau ibu2 je. well, anda salah! saya buat mende2 tu TIAP2 TAHUN TIME RAYA. 
    campur sekali : layan kerenah sepupu/anak buah yg mcm2, angkut pinggan bertingkat sambil gosip2, menyumpah seranah pasal lengan baju raya kena sambal, etc etc.


    Melayan bdk2 "assalamualaikum"
    siapa bdk2 "assalamualaikum" ni? soklan pertama : pernah tak satu group bdk2 yg dtg entah mana2 pastu ketuk2 pintu/tekan loceng pastu datang raya pastu mntk duit raya pastu hilang pastu continue dkt rumah sblh? kalau pernah, itulah dia bdk2 "assalamualaikum". family2 saya je pakai term ni. haha. 
    campur sekali : buat air pastu minumnye tak sampai suku, bagi duit raya pastu depan rumah dah buang dah sampul raya, perasaan nak tampar sorg bila kata "takkan ni je bang? lebih la sikit" atau buat bising mcm rumah dia sendiri, etc etc.


    Beraya di hospital
    bkn saya yg masuk hospital tapi akak saya. boleh tgk post ni utk tau apa yg terjadi. mmg lepas je pergi rumah Pakngah/Makngah yg selang berapa rumah je tadi, terus pergi hospital dgn baju melayu bagai.
    campur sekali : sedih tgk kaklin yg nak cakap2 tapi suara tak keluar pasal tiub ada kat leher, sedih tgk kaklin yg tak dapat beraya sama, sedih la sedih! tau tak sedih? heish.
    _______________________________


    itu je sebenarnya. nmpk mcm sikit tp realitinya...


    ...mmg mcm nak pengsan. penat wo! hanya ALLAH je yg tau. 

  2. Selamat Hari Raya

    Monday, August 29, 2011

    mcm apa yg tertulis kat title blogpost kali ni...


    SELAMAT HARI RAYA
    MAAF ZAHIR & BATIN


    tu je. mekaseh.


    #bagi ah duit raya kat saya ni ha. yuran UPM tak bayar lagi. SOBS. (T_T)

  3. Hari Raya Tahun Ini...

    Thursday, August 25, 2011




    motif : nak tunjuk yg saya ada fesbuk dgn twitter. pffftt. (-_-)

    sebab sebenar : raya kat hospital tahun ni. rujuk post ini.

    perasaan : tiada. LANGSUNG TIADA.

    harapan : nak masuk UPM cepat2. secepat yg boleh.

    konklusi : sumpah tak tau. BLANK.
    _______________________________________________________

    *ini bukan post menarik simpati bagai. ini hanya satu bentuk luahan perasaan. kalau org lain boleh post pasal kpop, buah hati yg takkan dapat, politik kotor, cerekarama, gambar2 bogel, haiwan2 comel, manik2 buatan tgn, makanan berkolestrol tinggi, bla bla bla... kenapa pula saya tak boleh nak luahkan hati yg duka ni? GET A LIFE HATERS, please. 

    *plus, [sama mcm ramai org kata] ini blog aku, lantak ah aku nak tulis hape!

    *selamat hari raya in advance, kot2 saya lak yg mati esok.

  4. Musibah : Ia Boleh Datang Bila-Bila.

    Wednesday, August 17, 2011


    senyuman ini 
    yang semua orang rindukan
    namun bila musibah dah datang, 
    kita hanya mampu berdoa 
    dan ikhtiar selagi boleh.

    5/8/2011 - Jumaat

    • Abah suruh Kaklin & Abg Ai pergi hospital. 
    • Kaklin dah start keluar bintik2 kat tgn maka beliau takut kot2 kena Denggi. 
    • pukul 10 - 12, lepas periksa dgn doktor dia kena masuk wad pasal platelet dia rendah.



    9/8/2011 - Selasa

    • masih lagi di wad pasal doktor kata bkn Denggi tapi penyakit lain. 
    • 5:30 pagi tu beliau kata beliau mcm kena cekik, cuba utk panggil nurse tapi suara tak keluar. 
    • pergi tandas, keluar dari tandas je terus mula utk hilang ingatan/perubahan perangai.
    • tarik2 cadar, tak bercakap, asyik baring + tidur je, mata buntang kalau terjaga, agresif tahap kedua [seakan-akan dirasuk, etc]
    • Abah panggil org2 yg mahir dlm ilmu2 perubatan Islam, kurang sikit perubahan perangai.



    10/8/2011 - 11/8 2011 - Rabu - Khamis

    • jadi normal balik, boleh berborak.



    12/8/2011 - 14/8/2011 - Jumaat - Ahad

    • taknak bercakap balik, badan lemah, sama macam hari Selasa tp tak agresif.
    • makin lama makin kurang respons, badan makin lemah.



    15/8/2011 - Isnin

    • waktu nak masukkan tiub ikut hidung [dah nak seminggu tak makan, takde zat dlm badan, terpaksa guna tiub, masukkan susu] ada kesan2 darah, bila tarik guna syringe darah banyak yg keluar.
    • paras oksigen makin rendah, kena pakai alat bantuan pernafasan.
    • doktor kata semakin kritikal, disenaraikan masuk ICU.
    • 4:30 petang masukkan ke ICU dan diteruskan rawatan.



    16/8/2011 - sekarang [17/8/2011] - Selasa - Rabu

    • masih di ICU dan masih lagi dgn rawatan yg dah ditetapkan oleh doktor2 pakar.

    ____________________________________

    *kronologi kat atas ni berdasarkan apa yg saya faham. mungkin berubah mengikut penceritaan org lain.*

    waktu nak tunggu Kaklin masuk ICU tu, saya dengan Kakngah [sepupu], temankan beliau yg sedang terlantar sakit tu. kami berdua sempat la jugak tanya doktor yg tgh periksa Kaklin. dia kata Kaklin ni kena penyakit TTP.

    jadah apa TTP ni? sila check link ini dan link ini utk keterangan lanjut. simptom2 dia sama dgn apa yg Kaklin alami sejak beliau dimasukkan hari pertama ke wad.

    skrg ni bukan nak salahkan doktor ke hape ke. semua org dah buat sedaya upaya. semua org dah buat kerja masing2. skrg ni kita sama doakan kepada ALLAH agar beliau cepat sembuh. 

    "ya ALLAH, kau bantulah akakku ini utk mengharungi segala kesulitan yg Engkau turunkan. kami hanya mampu menyerah kepadaMu. sesungguhnya Engkaulah Maha dlm segala-galanya."

    - well i've been afraid of changes, 'cause i built my life around you -
    Landslide by Fleetwood Mac

  5. Perubahan.

    Friday, August 12, 2011


    the only thing that i need now. 



  6. Ramadhan Ya Ramadhan

    Tuesday, August 2, 2011

    Ahlah Wasahlan Ya Ramadhan!

    syukur Alhamdulillah tahun ni dpt jugak berpuasa lagi. hikhik. eksaited dia tu mmg tak boleh nak kata ah. EKSAITED DLM KEADAAN SPEECHLESS. bayangkan ah mcm mana tu. :)

    misi utama : penyucian jiwa
    moga2 berjaya! 

    tu je utk post kali ni. ASSALAMUALAIKUM. :)



    pakar konspirasi,

    - i'll be my own saviour -