Rss Feed
    Showing posts with label the heart is talking. Show all posts
    Showing posts with label the heart is talking. Show all posts
  1. Buka Lembaran Baru Mungkin?

    Thursday, March 21, 2013

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.... biar dimulakan dengan formal. hujung-hujung nanti  dah mula merepek dah. hiks.

    *hembus-hembus habuk*
    *vakum sana sini*
    *lap-lap*
    *sapu-sapu*

    yep. dah lama sangat aku tinggalkan blog ni. 
    terabai. kesian dia. 

    sebenarnya aku ada tulis satu entri pada 14/01/2013 tapi itu lebih kepada meroyan-luahan hati-etc tapi kali ini aku nak ceritakan apa yang dah berlaku dari Januari hingga sekarang. 

    boleh kan?
    alah. kalau tak boleh pun, ini blog aku. kisah pulak apa kau nak kata. haha!

    baiklah. ayuh kita teruskan. ehem.

    Mekah - Madinah - Umrah

    01/02/2013 - 14/02/2013. selama dua minggu aku disana. 
    9 hari di Mekah dan 5 hari di Madinah.

    untuk kali pertama aku ke luar negara.
    untuk kali pertama aku ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.
    untuk kali pertama aku beribadah tanpa rasa dihakimi.

    lain sangat rasanya.
    campur pula dengan pengalaman-pengalaman yang menarik dan orang-orang yang bervariasi latar belakang yang datang dengan satu tujuan... beribadah kepada ALLAH.

    seriously AWESOME. syukur Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menjadi tetamu rumah Allah dan penziarah makam Rasulullah. =)


    ladang kurma. abaikan jerawat di muka.

    di Masjidil Haram, membelakangi Menara Jam. cover album nasyid katanya.

    lepas menziarah Kilang Al-Quran di Madinah.

    di salah satu pintu di Masjid Nabawi.

    lepas selesai umrah. muka pelik : ya.  pakai lipstik : tidak.

    ah lantak apa orang nak kata.

    merpati di sana sihat-sihat kesemuanya. GERAM!

    Rambut

    rambut rambut rambut.

    kalau siapa yang kenal aku, memang akan tahu betapa obsesnya aku kat rambut aku. simetri, angin, cermin dan yang lain-lain. 
    tak perlulah aku jelaskan dengan lebih lanjut.
    faham-faham sahajalah. hiks.

    sebelum ke Tanah Suci haritu, aku putuskan untuk potong rambut.
    rambut panjang yang aku sayang...

    sobs. *kesat air mata*

    dengan alasan malas nak bayar dam [rambut gugur, etc etc etc], aku potong rambut yang panjang tu menjadi lebih pendek. 

    dan aku tak tahu rambut ni okay ke tak sebenarnya. 
    banyak wax kena pakai weh!
    habis segala kimia meresap dalam otak aku. (-_-)


    sebelum.
    mak aku okay je dengan rambut ni
    tapi ada pihak kata aku nak jadi perempuan.
    ah bangang sungguh manusia berfikiran sempit ni.

    selepas.
    aku suka lah jugak rambut ni tapi kena pakai wax, kalau tak dia kembang.
    pada waktu ni, pihak yang tuduh aku macam-macam tu
    telah aku buang dari memori
    setelah aku anggap mereka tidak lagi relevan.

    Meroyan

    eh. tak perlu nak stereotaip sangat. 
    ingat wanita lepas bersalin je ke yang meroyan?

    zaman sekarang semua orang pun boleh meroyan lah.
    wanita dara, wanita menopause, bahkan lelaki teruna pun meroyan.

    gara-gara "Jiwa Kacau" dan "Kenangan Lalu Mengusik Jiwa".
    klise sangat.

    yep. aku meroyan. 
    meroyan kerana itu.
    meroyan kerana ini.
    meroyan kerana hati.

    kadang-kadang benda tu tak penting pun untuk difikirkan secara melampau tapi biasalah.... manusia.
    mana pernah sempurna.

    akhirnya aku mengguna konsep "Distraction". 
    gangguan dari apa yang aku meroyan tu. 
    apa je yang aku buat?
    fokus dalam kelas. baca novel menggunung. sibukkan diri dengan aktiviti. luah perasaan yang terbuku kat kawan-kawan rapat. etc etc etc.

    dalam usaha mencari siapa diri aku, aku cuba segala cara apa yang ada.

    satu senyuman sembunyi seribu rahsia, seribu duka.

    itu sahaja rasanya yang mampu aku tulis untuk entri kali ni.

    bergantung kepada anda untuk menganggap ini satu entri serious atau tidak.
    bergantung kepada aku untuk tulis apa yang aku nak.

    ironi. HAHA!

    sekian. 


  2. Terima Kasih

    Monday, January 14, 2013

    malam bulan di pagar bintang~

    "OI! SUARA MACAM KATAK TAK PAYAH NYANYI! DIAM!" jerit satu suara yang biasa didengari. 

    aku terdiam. aku teruskan membasuh baju. dalam hati, aku sentap. aku sedih apabila apa yang aku suka buat ditegah. 

    "kenapa aku tak boleh menyanyi?" kataku sendirian dalam hati.

    * * * *

    "weh aku nak tanya...."
    "weh aku nak tanya...." ejek seseorang dengan nada suara yang menyakitkan hati, dengan nada yang jauh dari nada suara aku.

    aku terdiam lagi. aku tutup buku dan aku pergi ke tempat lain. aku sedih sekali lagi. aku tak sangka begini sekali mereka perlakukan aku.

    "ya. mungkin mereka ingin bergurau," pujuk diriku sendiri. 

    * * * *

    "weh Rizal, kau dah.... bla bla bla bla"

    aku dengar tetapi aku biarkan ia melepasi kedua-dua belah telinga aku. 

    jadi beginilah aku? aku hanya wujud apabila kamu semua memerlukan pertolongan? sebelum ni aku hanya bahan cacian dan bahan kutukan? aku punya kewujudan diabaikan dan kerana itulah aku punya perasaan dan hati menjadi permainan?

    baiklah. keluar aku sahaja aku dari sini, aku akan tinggalkan segalanya juga disini. 

    semua memori.
    semua ingatan.
    semua seksaan.
    semua kepahitan.
    SEMUA.

    * * * *

    2 tahun berlalu...

    "weh untuk Perkampungan Canselor nanti nyanyi lagu Raya satu ea?"
    "FESTIK awak ambil watak Tok Siak tau. awak sinis, itu yang saya suka tu,"
    "FESTARI kau wajib join weh. kau boleh menari oh!"

    aku tersenyum. sejak aku masuk ke UPM ini, aku rasa dihargai dan diperlukan. diperlukan bukan kerana terdesak tetapi kerana apa yang sememangnya aku mampu lakukan.

    sebelum ini, aku tidak tahu apa potensi diri aku tetapi di sini, aku berjaya cungkil keluar kebanyakan darinya.

    sebelum ini? aku hanya menjadi apa yang mereka inginkan, bukan diri aku sendiri.
    aku sudah bergerak ke hadapan. aku tinggalkan semua yang dianggap tidak relevan di belakang. 

    mereka masih berada dalam pemikiran cetek yang sama seperti dulu. masih lagi merendahkan kebolehan orang lain. masih tidak dapat menerima hakikat. 

    aku tidak menyesal untuk melupakan mereka. 
    aku tidak menyesal meninggalkan mereka.
    bahkan aku lagi berpuas hati dengan keputusan yang aku ambil.

    - - - -

    nota kaki:
    kepada mereka telah menerima aku seadanya semenjak aku masuk ke Universiti Putra Malaysia ini, aku ucapkan jutaan terima kasih.

    terima kasih kerana menerima aku.
    terima kasih kerana menyedari kewujudan aku.
    terima kasih kerana membantu aku mencari diri aku dan potensi kebolehan aku.
    terima kasih atas segalanya.

    kepada mereka yang membuat 5 tahun aku terseksa dahulu, aku ucapkan juga terima kasih.

    terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa diluar sana terdapat banyak lagi manusia yang tidak prejudis dan masih berperikemanusiaan.
    terima kasih kerana memberi diri aku satu bentuk paksaan untuk bangkit dengan sendiri setelah kamu menjatuhkan aku.
    terima kasih kerana membuka mata aku bahawa sekolah menengah hanyalah satu fasa dan tidak kekal selamanya.
    terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasa kesusahan dahulu sebelum aku menemui satu bentuk kesenangan disini.

    dengan ini aku meninggalkan semua ingatan dan memori aku yang 5 tahun itu dimana ianya bermula, di sekolah itu sendiri.

    aku sudah membuka minda aku. kamu bila lagi? 

    p/s: "weh Maula!" "excuse me, do i know you? kita pernah kenal ke? and who is this Maula? my name is Rizal," -- jangan terkejut jika situasi ini berlaku. aku nekad untuk meninggalkan semuanya di belakang.

  3. 10 Minggu

    Monday, August 27, 2012


    hello. maafkan aku kerana dah lama aku tak menulis kat blog ni. sibuk katanya. baru-baru ni, aku lebih banyak mengaktifkan diri dalam Twitter. kalau nak jumpa kat twitter, search saja @rizal_everdeen. mih mih mih.

    aku masih lagi dalam sesi bercuti. cuti semester dari 23 jun haritu sehingga 9 september akan datang. 11 minggu kot cuti. mati la kalau cuti ni online semata-mata. nak kerja part-time, tak boleh pasal kena teman emak yang masih lagi dalam tempoh mengambil kembali kekuatan setelah pemergian suami [ayah aku]. makanya, aku beli buku bebanyak lepas tu baca puas-puas sampai pengsan. haha.

    ayuh kita lihat apa yang aku berjaya baca sehingga sekarang ni!


    1) Freaks [Author : Kieran Larwood]

    2) Five People You Meet In Heaven [Author : Mitch Albom]


    3) For One More Day [Author : Mitch Albom]

    4) Partials [Author : Dan Wells]

    5) Raven Mysteries : Ghosts And Gadgets [Author : Marcus Sedgwick]

    6) Raven Mysteries : Lunatics And Luck [Author : Marcus Sedgwick]

    7) The Golden Compass/Northern Lights [Author : Philip Pullman]

    8) The Subtle Knife [Author : Philip Pullman]

    9) The Amber Spyglass [Author : Philip Pullman]

    10) Raven Mysteries : Vampires And Volts [Author : Marcus Sedgwick]

    11) Raven Mysteries : Magic And Mayhem [Author : Marcus Sedgwick]

    12) Have A Little Faith [Author : Mitch Albom]

    13) Room [Author : Emma Donoghue]

    14) Invasi [Author : Raja Faisal]

    15) Hilang [Author : Dayang Noor]

    16) Murtad [Author : Hasrul Rizwan]

    17) Dendam [Author : Affifudin Omar]

    18) Zombijaya [Author : Adib Zaini]

    19) Bisik [Author : Syaihan Syafiq]

    20) Licik [Author : Sham Hashim & Julie Ann]

    21) Kelabu [Author : Nadia Khan]

    21 buah kesemuanya. target sebenar adalah 22 buah tapi kita lihat dulu minggu depan masih ada masa untuk membaca sebuah lagi atau tidak. minggu depan dah nak masuk UPM balik dah oh! teruja sekejap. hiks.

    sekali lagi, minta maaf [kepada siapa aku pun tak tau pasal aku pun tak pasti ada orang baca ke tak blog aku ni] pasal dah jarang menulis diruangan blogger ini. kalau nak lihat keaktifan melampau tahap hyper, boleh la lawat di ruangan twitter [@rizal_everdeen] ye? hiks. 

  4. Mengabaikan Perasaan Sendiri Itu Susah

    Thursday, July 19, 2012

    bila aku kena marah, mesti la aku terasa. tambah2 pulak aku kena marah pasal kesalahan orang lain. marah dia tu siap ungkit2 macam benda pulak tu.  aku tak dapat nak bela diri pasal mereka ada autoriti yang lagi besar daripada aku. aku simpan rasa marah dalam hati je la.


    bila dah marah, mesti semua benda akan terkena tempias sekali selain daripada hati. mood, cara penulisan, etc contohnya. takkan nak tetiba happy balik pulak? dah kena marah kot. JIWA DAN PERASAAN YANG TERASA SAKIT TU MASIH BELUM HILANG.


    bila dah aku tulis nampak macam lain, dengan respon pun dah takde mood, ramai pulak yang terasa balik kat aku. ramai jugak yang marah sangat kononnya aku la yang sombong, aku la yang tak reti jaga hati dan perasaan, aku la yang kerek, aku la yang tak guna, aku la yang tak patut wujud kat dunia ni, aku la yang diaorang menyesal jumpa.


    bila dah orang marah kat aku tu, aku pulak yang kena pujuk balik orang tu. aku la yang kena rendahkan diri menyatakan kononnya itu salah dan silap aku. aku la yang dok mengada-ngada rasa yang ini semua silap aku dan patut rasa bersalah nak mati, walhal AKU BARU LEPAS KENA MARAH NI. 

    bukan aku untuk ada orang terasa aku, aku mesti cari cara untuk orang tu rasa okey balik. aku mesti minta maaf balik. itu memang sifat aku dari dulu. aku cepat rasa bersalah biarpun benda2 tu kadang2 bukan besar mana pun dan kadang2 bukan salah aku pun.


    tapi mana hak aku nak rasa marah ni? abaikan macam sekarang ni? simpan je kat sudut2 hati tu? simpan sampai aku naik gila? simpan sampai aku mati?


    terus buat jangkaan je. terus kata aku ni macam-macam. takde ke nak bertanya apa-apa dulu? takde ke nak tahu apa masalah sebenar aku? takde ke nak tolong comfortkan aku? aku macam orang bodoh je dok minta maaf sana sini sedangkan hati aku tengah bergolak, membuak-buak, berkecai, rapuh, patah, hancur, bersepah, sakit, sedih, hampa, tawar, bla bla bla bla. sangat tak adil manusia sekeliling aku ni. 


    SANGAT. TIDAK. ADIL.


  5. It's Hard.

    Wednesday, July 18, 2012

    it's hard being me. 


    it's hard when you want to play around, everybody else is already matured enough for you.


    it's hard when you got to grow up too fast. 


    it's hard when you cannot even cherish your childhood.


    it's hard when people don't see you. 


    it's hard when people don't take you seriously.


    it's hard when you're talking about something serious, people think it's some kind of a joke.


    it's hard when you're joking, people take it TOO seriously.


    it's hard when you wanna help somebody but people don't trust you and ask help from somebody else instead.


    it's hard when you wanna express yourself but people keep bringing you down.


    it's hard to act like you don't feel anything but actually you do.


    it's hard to hide your sadness behind all those smiles.


    it's hard to take care of other people's feeling when they don't even care about yours.


    it's hard to be you but it's harder to be me. 


    it's hard to be what you don't want to be.


    it's hard to be me actually. 


    some people may see it as an attraction-seeking post but this is the is truth.

  6. Rambut

    Wednesday, July 11, 2012

    "sanggul ini ibarat status" - Marsinah, Teater Rumah Sakit Jiwa, 4 Julai 2012


    sanggul itu hanya dibuat oleh wanita yang berambut panjang dan bak kata Marsinah sebentar tadi, ia adalah satu bentuk status. mungkin semakin besar sanggulnya, semakin tinggi darjatnya? entah lah. hanya mereka yang bersanggul sahaja yang tahu.


    namun apa kaitannya dengan aku? 
    hanya satu : RAMBUT.


    bagi aku pula, berambut panjang [seperti sekarang, contohnya] melambangkan satu bentuk kebebasan dalam hidup. kebebasan daripada peraturan sekolah. kebebasan untuk aku melakukan keputusan sendiri.


    cukuplah dengan semua orang berkata:
    "rambut kau panjang ni, POTONG!" 
    "rambut ni tak sesuai"
    "rambut kau tak melambangkan produk keluaran sekolah ni"


    eh, cukuplah!
    tak puas lagi nak kawal hidup aku? 


    rambut...
    dan rambut...
    dan rambut lagi...
    namun bukan seperti gambar dibawah lah pastinya. biarpun stail seperti ini menarik namun tidak sampai ke situ untuk aku memperlakukan rambut aku. huhu.

    Lady Gaga much?
    that colour... fuh!

    do follow me on twitter okay? search for @rizal_everdeen or just click HERE.
    itu sahaja untuk post kali ini. sekian. 



  7. Belasungkawa

    Friday, June 8, 2012






    Allahyarham Mohd Nor bin Ismail meninggal dunia pada tarikh 11 Mei 2012 (hari Jumaat) lepas, pada pukul 10:00 pagi di Seremban, Negeri Sembilan.
    Jenazah selamat dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Paroi.
    Al-Fatihah. 

    "dear abah, we will always remember you and we will always pray for you." - mak, kaklong, kaklin, kakmuni, abg rizal, menantu2 abah, cucu2 abah

  8. Rizal Mellark-Everdeen

    Friday, February 17, 2012

    if you've seen this pic before...





    ...then you may be informed that i'm getting MORE obsessed with it. LONG LIVE HUNGER GAMES TRILOGY!




    next on the line is this mockingjay pin. please somebody buy it for me? i'll add it up in my wishing list. [if no one wants to buy it, i'll buy it myself. even if i have to buy online! FROM OVERSEAS!]




  9. Wishlist Again

    Monday, February 6, 2012

    dulu2 pernah buat post pasal wishlist jadah ni tp waktu tu ditaip tanpa menggunakan kewarasan minda yg matang. makanya post kali ini akan menceritakan item2 yg boleh dibeli dgn bajet yg [maybe] sikit. sebagai peringatan : ini wishlist jangka pendek. mungkin utk 4 - 5 tahun yg mendatang. 


    believe me when i say this, aku akan post ni bila birthday aku dah dkt utk 4 - 5 tahun berturut-turut, dgn harapan yg sgt tinggi. 


    ... ... ... ... ... ...


    1) Camera
    - it's neither the typical camera or compact camera. aku memikirkan yg ala2 hybrid. stail mcm compact tp interchangable lens. preferrably nikon1 j1 kaler putih. hikhik. in the end, asalkan dpt kamera sebijik pun aku dah bersyukur.




    2) Full Harry Potter Book Collections
    - oooooh yes. aku sebenarnya fanatik HP tp kekangan2 keluarga, duit dan sebagainya membuatkan aku hanya mampu meminjam buku org. setakat ni dah ada Deathly Hallows [kakmuni belikan] dan Goblet Of Fire [kak ida bg hadiah]. waiting in the line is Philosopher's Stone, Chamber Of Secrets, Prisoner Of Azkaban dgn Half Blood Prince.




    3) Trench Coat/Korean Jacket + Varsity Jacket [optional]
    - jgn salah fhm dgn korea yg aku tulis tu. aku tak minat langsung korean-related things tp dah nama menatang ni korean jacket, takkan aku nak sebut mende lain lak? org takkan tahu. then, varsity jacket pun baru2 ni nmpk sgt menarik. yg optional tu kat varsity jacket sahaja. yg nak sesangat beli adalah trench coat/korean jacket tu. motif? yelaaaaah. aku kan bercita-cita utk pg dinner2 org feymes takpun tgk teater kat Istana Budaya, mesti nak pakai something yg menarik2. ngeh ngeh.






    4) Vendetta Mask [optional]
    - yg ini aku tak tahu langsung apa function dia dlm kehidupan aku tp aku anggap ini sbg must-have sbg koleksi! yey!




    5) Boatshoe [optional]
    - kasut. baru2 ni aku gilakan kasut tp sekali lagi, kekangan duit menjadi halangan besar. motif aku nak kasut ni? pasal kasut ni menarik. haha. plus agak menepati cita rasa hati aku ni. setakat ni aku hanya ada normal converse shoes tu je. itu pun kakmuni dgn abg ajohn yg belikan pasal aku kat asasi dulu2 pg kelas pakai sportshoes cap ayam je.




    6) Full Hungry Games Book Collections - DONE!
    - yg ini aku kena beli. asalnya nak beli yg first book je pasal tak tau kewujudan yg lagi dua. in the end, aku nak gak ada ketiga-tiga collections. yeah!




    7) Laptop [optional]
    - yg ada ni okey je lagi tp tak menepati citarasa aku. aku sedang memikirkan utk membeli Acer Aspire S3 Ultrabook pasal lappie tu nmpk mcm byk kriteria yg aku suka. plus, Blogserius pun recommend lappie ni. mcm utk kamera td jugak, kalau dpt apa2 lappie pun aku bersyukur asalkan item yg aku dpt tu lappie. kalau dpt la, kalau tak dpt pun boleh je aku continue pakai laptop yg skrg ni. 




    ... ... ... ... ... ...


    itu je. heee.
    *in the end aku dpt merasakan yg kebanyakkan drpd wishlist aku akan beli guna duit sendiri. -.-