Rss Feed
    Showing posts with label photoshoot. Show all posts
    Showing posts with label photoshoot. Show all posts
  1. Potret

    Monday, April 8, 2013

    Arahan : Amirul Azwa
    Karya : Suwa Wara

    16 April
    8 Malam
    Auditorium Kejuruteraan UPM
    Syafinaz sebagai Anis
    Fahimah sebagai Datin Jamilah
    Azizah sebagai Mak Odah
    Asri sebagai Effie/Fitry
    Farhan Boo sebagai Dato' Mukhriz
    Rizal sebagai Rizal.
    (-_-)


    setiap potret ada kisah dan cerita tersendiri


    p/s: teater Potret telah berjaya dipentaskan 16hb yang lepas. bantu kami untuk memenangi Anugerah Publisiti Terbaik dengan meng-like poster rasmi dan trailer rasmi kami! 

  2. on cinemas November 2013!

    Katniss Everdeen
    Peeta Mellark
    Gale Hawthorne
    Finnick Odair
    Johanna Mason
    Haymitch Abernathy
    Cinna
    Effie Trinket
    President Coriolanus Snow
    Beetee
    Caesar Flickerman













  3. Buka Lembaran Baru Mungkin?

    Thursday, March 21, 2013

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.... biar dimulakan dengan formal. hujung-hujung nanti  dah mula merepek dah. hiks.

    *hembus-hembus habuk*
    *vakum sana sini*
    *lap-lap*
    *sapu-sapu*

    yep. dah lama sangat aku tinggalkan blog ni. 
    terabai. kesian dia. 

    sebenarnya aku ada tulis satu entri pada 14/01/2013 tapi itu lebih kepada meroyan-luahan hati-etc tapi kali ini aku nak ceritakan apa yang dah berlaku dari Januari hingga sekarang. 

    boleh kan?
    alah. kalau tak boleh pun, ini blog aku. kisah pulak apa kau nak kata. haha!

    baiklah. ayuh kita teruskan. ehem.

    Mekah - Madinah - Umrah

    01/02/2013 - 14/02/2013. selama dua minggu aku disana. 
    9 hari di Mekah dan 5 hari di Madinah.

    untuk kali pertama aku ke luar negara.
    untuk kali pertama aku ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.
    untuk kali pertama aku beribadah tanpa rasa dihakimi.

    lain sangat rasanya.
    campur pula dengan pengalaman-pengalaman yang menarik dan orang-orang yang bervariasi latar belakang yang datang dengan satu tujuan... beribadah kepada ALLAH.

    seriously AWESOME. syukur Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menjadi tetamu rumah Allah dan penziarah makam Rasulullah. =)


    ladang kurma. abaikan jerawat di muka.

    di Masjidil Haram, membelakangi Menara Jam. cover album nasyid katanya.

    lepas menziarah Kilang Al-Quran di Madinah.

    di salah satu pintu di Masjid Nabawi.

    lepas selesai umrah. muka pelik : ya.  pakai lipstik : tidak.

    ah lantak apa orang nak kata.

    merpati di sana sihat-sihat kesemuanya. GERAM!

    Rambut

    rambut rambut rambut.

    kalau siapa yang kenal aku, memang akan tahu betapa obsesnya aku kat rambut aku. simetri, angin, cermin dan yang lain-lain. 
    tak perlulah aku jelaskan dengan lebih lanjut.
    faham-faham sahajalah. hiks.

    sebelum ke Tanah Suci haritu, aku putuskan untuk potong rambut.
    rambut panjang yang aku sayang...

    sobs. *kesat air mata*

    dengan alasan malas nak bayar dam [rambut gugur, etc etc etc], aku potong rambut yang panjang tu menjadi lebih pendek. 

    dan aku tak tahu rambut ni okay ke tak sebenarnya. 
    banyak wax kena pakai weh!
    habis segala kimia meresap dalam otak aku. (-_-)


    sebelum.
    mak aku okay je dengan rambut ni
    tapi ada pihak kata aku nak jadi perempuan.
    ah bangang sungguh manusia berfikiran sempit ni.

    selepas.
    aku suka lah jugak rambut ni tapi kena pakai wax, kalau tak dia kembang.
    pada waktu ni, pihak yang tuduh aku macam-macam tu
    telah aku buang dari memori
    setelah aku anggap mereka tidak lagi relevan.

    Meroyan

    eh. tak perlu nak stereotaip sangat. 
    ingat wanita lepas bersalin je ke yang meroyan?

    zaman sekarang semua orang pun boleh meroyan lah.
    wanita dara, wanita menopause, bahkan lelaki teruna pun meroyan.

    gara-gara "Jiwa Kacau" dan "Kenangan Lalu Mengusik Jiwa".
    klise sangat.

    yep. aku meroyan. 
    meroyan kerana itu.
    meroyan kerana ini.
    meroyan kerana hati.

    kadang-kadang benda tu tak penting pun untuk difikirkan secara melampau tapi biasalah.... manusia.
    mana pernah sempurna.

    akhirnya aku mengguna konsep "Distraction". 
    gangguan dari apa yang aku meroyan tu. 
    apa je yang aku buat?
    fokus dalam kelas. baca novel menggunung. sibukkan diri dengan aktiviti. luah perasaan yang terbuku kat kawan-kawan rapat. etc etc etc.

    dalam usaha mencari siapa diri aku, aku cuba segala cara apa yang ada.

    satu senyuman sembunyi seribu rahsia, seribu duka.

    itu sahaja rasanya yang mampu aku tulis untuk entri kali ni.

    bergantung kepada anda untuk menganggap ini satu entri serious atau tidak.
    bergantung kepada aku untuk tulis apa yang aku nak.

    ironi. HAHA!

    sekian. 


  4. aku adalah MC manager [bersama Yap Ee Jia]. dihari kejadian, Ee Jia yang banyak bergerak tapi sebelum hari kejadian, aku yang siapkan sebahagian kerja. pembahagian tugas katanya.

    tugas aku adalah menyediakan teks MC, teks bacaan doa, teks penyampaian anugerah, teks ucapan wakil pelajar tahun akhir, teks ucapan pengetua [yang 5-6 kali suruh tukar teks], teks ucapan VVIP [yang datang 1 jam lewat. TERIMA KASIH DATO!] dan teks2 lain yang berkaitan.

    perasaan aku terhadap majlis? tiada. aku tak dapat nak komen pasal aku dapat rasakan yang HAK BERSUARA AKU DISEKAT OLEH PIHAK ATASAN.

    apa-apa pun, ini je gambar yang sempat diambil. sekian.


    Team Protokol
    [dari kiri] : aku, Am [runner], Syafiq [runner], Aina [MTM pemantau], Oja [Floor manager]. Awan [MTM pemantau], Azlin [Stage manager], Amet [Technical manager], Ee Jia [MC manager]

    bersama Floor manager [Oja]

    bersama MC latar [Neng Nazirah]
    p/s: senyuman paling manis itulah adakalanya menyimpan sakit hati yang paling dalam dan derita yang paling pahit.

  5. UPM's Photoshoot!

    Friday, June 8, 2012






































































    - gambar2 ni untuk bahan2 korporat UPM [contohnya brochure, pamphlet, billboard (kalau rezeki lebih sikit)]. nanti utk 2012/2013 tgk2 la kot2 ada. =P
    - cuba2 la cari shot aku banyak ke tak. haha. 
    - gambar2 ni pun tak semua ada. kamera ada dua tp dpt extract dari satu je.
    - ray ajak aku. aku ajak hamk. last2 : shot ray < shot aku < shot hamk. hamk dpt single shot tu! 
    - siapa lagi nak yakin dgn kita kalau bukan diri kita sendiri kan? =)
    - moga2 dpt lagi buat photoshoot2 mcm ni. best weh! jumpa ramai kawan baru!
    - sekian
    - mintak maaf pasal lama dah tak update.