Rss Feed
  1. My Side Of The Story

    Friday, January 6, 2012

    Pengenalan Watak
    aku, W, X, Y, Z.

    Tarikh
    4hb Januari 2012

    Jalan Cerita

    waktu itu hampir tengahari sebelum kejadian itu berlaku. aku seperti biasa mengisi masa-masa lapang aku dengan melayari internet, itupun setelah berhempas pulas dengan subjek TITAS yang  cukup mencabar pemikiran aku. kalau tidak kerana peperiksaan akhir keesokan harinya, HARAM aku nak baca buku itu. haish. manusia memang adakalanya belajar demi peperiksaan, bukannya untuk menuntut ilmu. salah niatku itu. akan ku betulkan ia kembali, InsyaALLAH.

    puas mengelamun, perut mula berbunyi. aku mengambil keputusan untuk menghantar SMS kepada X, Y dan Z. kira-kira sepuluh minit selepas itu, Y membalas. dia bertanya, "dah ajak yang lain?" lalu aku membalas kembali, "dah dah." katanya ingin mandi dahulu. lalu aku biarkan dia melakukan rutin harian beliau itu. 

    tatkala aku berniat untuk menutup laptop, satu pesanan sampai di'chatbox' aku. aku lihat nama penghantar pesanan itu, X.
    "weh, tolong tapaukan. aku nak 'study' TITAS ni. banyak lagi yang tak baca,"
    hati aku menjadi sedikit panas. macamlah aku ni sudah habis menelaah subjek itu. macamlah 
    Y dan Z sudah habis menelaah. diminggu terakhir ini aku memikirkan ada baiknya kami berempat menghabiskan lebih banyak masa bersama, terutamanya waktu makan. tambahan lagi, X sudah tiada semester depan. bapanya mendapat tawaran untuk ke luar negara dan membawa keluarganya bersama. sekurang-kurangnya makan bersama itu, biarpun nampak mudah dan biasa sahaja, masih dapat mengukir satu bentuk memori yang boleh diingat kembali sewaktu X sudah berada di sana kelak.
    "aku tak reti tapau2 ni." itu sahaja balasan dari aku, dengan harapan dia mengikut sekali kami untuk makan.

    lima minit berlalu, nada dering 'Mr Saxobeat' berbunyi dari telefon bimbitku. nama X tertera di skrin. "weh jom makan sekarang." lalu ku balas kembali "tunggu Y mandi kejap lepas tu kita gerak sekali." siap membalas mesej itu, aku bersiap-siap mengambil 'wallet' dan kunci bilik. aku keluar dari bilik, mengunci pintu, menyapa seorang dua yang lalu dari arah bertentang dan meneruskan perjalanan ke bilik Y. 

    pintu bilik Y diketuk-ketuk beberapa kali. rakan sebilik Y membuka pintu. aku menjadi pelik sekejap. dapat kulihat dari pintu itu Y masih lagi tenggelam dengan selimut dia itu. 
    "dah mandi ke belum ni?" dengan nada sedikit sakit hati. sepatutnya dia sudah selesai mandi sekarang ini. "nak pergi mana?" balas Y. ekspresi mukaku terus berubah. "kan nak pergi makan? kau dah mandi ke belum ni?" nadaku sedikit tinggi. "jadi ke? kan Z tak bangun lagi, bla bla bla." aku sudah mula panas. penyataan Y yang kemudiannya itu sudah tidak aku dengari. "kau pegi mandi sekarang, aku naik bilik diaorg"

    aku biarkan sahaja Y disitu, dengan hati yang diselubungi perasaan marah. aku naik tangga ke bilik X. aku lihat pintu terbuka. dalam hati aku dapat rasakan yang mereka sudah selesai bersiap untuk terus pergi. aku terus berdiri di depan pintu bilik X.

    X sedang makan nasi, bersama-sama dengan W. 

    tanpa berkata apa-apa, aku yang pada awalnya marah dan bertambah marahnya dengan melihat keadaan itu, terus meninggalkan kawasan kejadian. "weh, Z tak makan lagi ni. pergi ah makan dengan dia" jerit X. aku terus memberi pesanan kepada Y dan Z melalui telefon bimbit aku, "korang pergi makan ah berdua. aku tak makan,"

    kini sudah tiga hari, tiada seorang pun ingin bertanya kepada aku mengenai perkara yang sebenar. makanya aku tulis disini jika mereka ingin membacanya.

    -------------------------------------------------------------------

    Q : yang kau marah sangat kenapa? pasal makan je kot.
    A : jumpa aku personally kalau nak tau jawapan dia. aku tulis kat sini tak sama dengan apa yang aku rasa, tak sama dengan apa yang aku nak cakap. understand? jgn nak buat2 fitnah sangat pasal aku.


  2. 3 whispers:

    1. nona said...

      kalau aku pun aku marah ;).

      btw, aku dah cuba untuk menghalangi diri aku dari menaip komen, tapi tertaip dan terpost jua. maaflah ye :) salam sejahtera ke atas kamu bagi tahun dua ribu dua belas hari yang ke enam, rizal.

    2. EG said...

      Mola tepuk dada, all is well 3 kali.
      Mohon tenang.

    3. Anonymous said...

      Garang betul :)
      Sabar eh momo sayang , haha :P