Harris, Azwa, Syafiq, Jega.
mengikut urutan aku kenal mereka2 ni.
empat orang rakan.
rakan baik.
jarang aku mengaku yang aku ada rakan baik sebelum ini.
namun apabila bersama mereka.
situasi berubah.
merekalah rakan baik aku!
haha.
mereka berempat berjaya datang dalam hidup aku.
berjaya jadikan aku sebagai salah seorang daripada kawan mereka.
berjaya hidupkan hari2 aku di UPM yang selalunya kosong.
yang selalunya hambar.
yang selalunya BOSAN.
untuk kali pertama dalam hidup aku, aku diterima.
diterima seadanya.
prejudis jauh sekali.
aku diajak utk buat keputusan.
aku diajak utk berbincang.
aku diajak utk menyelesaikan masalah.
aku dianggap penting.
waktu sekolah?
waktu asasi?
aku sekadar pengikut.
perancangan dibuat tanpa keinginan aku.
aku hanya unsur asing.
anasir2 luar.
seperti gas2 nadir.
tak memberi apa-apa makna.
namun begitu.
yang dahulunya lima.
kini tinggal tiga.
seorang meneruskan perjuangan sebagai seorang guru.
berjuang demi anak2 bangsa.
demi negara dan seumpanya.
seorang lagi ke tanah asing.
mengikut keluarga dan terus menuntut ilmu disana.
ilmu yang lebih luas.
ilmu yang lebih banyak.
------------------------------------------------------------
ini Harris. say hi to Harris everyone! :D |
anyway, dia ni lah Harris. dia antara orang terawal yang aku kenal kat UPM. coursemate aku, classmate aku [kecuali TITAS dengan elektif asas. aku ambik ekonomi, dia ambik akaun] dan one of my acknowledged best friends. biarpun 4 bulan je kitaorg kenal tapi jujurnya aku kata, dia antara manusia yang sanggup tahan dengan perangai aku yang bising2 ni. dia akan berangkat pergi ke UK. London mungkin. bapa dia dihantar ke sana sebagai wakil kedutaan Malaysia, kalau tak silap aku ah. makanya, dia dan keluarga pun beramai-ramai pergi mengikuti ketua keluarga mereka.
pesanan kpd anda : jangan lupa kami disini. kat sana nanti, tahap pemikiran omputeh lain sikit dari tanah air ni. makanya, [seperti yang pernah dikatakan sewaktu sesi luah perasaan kat McD haritu] bukalah pemikiran. jadi lebih open-minded dari sebelum ni.
GOODLUCK! :D
okey. beliau ini namanya Jegajeevan. haha. dia bukan budak degree ye. diploma apatah lagi. dia student MASTER. tinggal satu sem je lagi sebelum habis. master in TESL/English Literature, i'm not sure. budak2 lain semua kenal dia waktu minggu orientasi tapi aku kenal dia lambat sikit pasal terlibat dengan Malam Tunas Putra. dia antara beberapa manusia yang aku respek kerana dia sentiasa menjadi diri dia sendiri, dimana-mana sahaja. tiada prejudis dan tiada lakonan. dia selalu bawak kitaorang berlima keluar makan, keluar jalan, keluar pergi semua tempat. dia sem depan dah tak bersama lagi di UPM kerana dapat jawatan sebagai guru English kat Johor Bharu. dah beberapa tahun sebagai guru sementara namun akhirnya dapat jawatan sebagai guru tetap. lagipun, parents + relatives dia ramai kat johor-singapore jugak.
pesanan kepada anda : sentiasa ingat kami semua. always be yourself like you are now. jadi cikgu yang berjaya kat johor tu nanti. lepastu, jangan lupa ajak kitaorg pergi kenduri kahwin tau?
---------------------------------------------------------------------------------------
GOODLUCK! :D
now this is Jega. say hi to Jega everyone! :P |
pesanan kepada anda : sentiasa ingat kami semua. always be yourself like you are now. jadi cikgu yang berjaya kat johor tu nanti. lepastu, jangan lupa ajak kitaorg pergi kenduri kahwin tau?
---------------------------------------------------------------------------------------
u never change dear maula.=)
i miss ur "mulut bising" in our school days.
may He give u more people like them in ur life.dont cry ok maula.