Rss Feed
  1. Family Tree.

    Thursday, October 28, 2010

    baru je sekejap tadi saye ngan Khairul Nidzam berbicara mengenai beberapa perkare serius. tatkala berbual kencang dan lebat itu saye juge sempat menangkap beberapa caption yg menarek dan mendalam maknanye.

    "satu perhubungan kasih dan sayang tu bukan main main. kita perlu berkorban dan adakalanye kita perlu mengendahkan perasaan kita sendiri demi pasangan kita."

    mmg x percaye yg Khairul Nidzam mengeluarkan statement ni. sbnrnnye xde sebijik2 dye cakap mcm kat atas ni. saye alter r sket2 di due tige tmpt namun konteks isinye masih tidak lari.



    percintaan yg sejati, ikhlas dan kerana ALLAH selalunye membawa kepada alam perkahwinan. ade yg tertanye tanye: ape kaitan tajok post ni ngan cinta dah kahwin? haaaaa. mari kite mengupas lanjut hal ni.

    lihat dibawah. ini adalah gmbr seorg lelaki dan seorg wanita. kedua duanya bercinta satu ketika dahulu dan akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan empat org cahaya mata. kasih dan sayang mereka berdua membuatkan mereka berjaya membesarkan anak2 mereka biarpown dihalang onak dan duri sepanjang perjalanan itu. kedua duanya mempunyai kelebihan masing masing. lelaki yg digelar abah oleh anak anaknya ini adalah seorg yg peramah dan  gemar utk menggembirakan hati org disekelilingnya. manakala wanita yg bergelar emak itu pula sgt mengambil berat mengenai keluarganya dan kerap kali memberikan nasihat2 yg bernas tatkala seseorg itu memerlukan pendorong. kombinasi pasangan yg cukup mantap. =)





    ye. mereka menjalani a happy and long life till now. mereka jugak lah yg support saye financially and mentally. so after 30 years of marriage, mereka dah ade 5 org cucu skrg ni. anak2 mereka dah berjaya dlm karier masing2 dan akan terus berjaya sehingga bila bila. insyaALLAH.


    wanita di dlm gmbr ni adalah anak sulung kpd pasangan diatas. wanita ini juge telah bercinta dgn pasangan beliau dan akhirnya berkahwin dan telah dikurniakan empat org cahaya mata. rupa paras beliau yg cantik dan ala ala Malaysia Next Top Model ini cukup utk membuatkan mana2 lelaki terliur. pada awalnya beliau bekerja di BSN sbg penyelia dan suaminya sebagai seorg doktor gigi tentera. namun beliau merasakan bahawa dirinya lebih diperlukan utk mendidik dan mengasuh anak anaknya, maka beliau mengambil keputusan utk menjadi surirumah sepenuh masa. semuanya demi keluarga dan suami yg tercinta.









    above are their children a.k.a mak and abah's grandchildren. tige laki dan satu perempuan. satu2 nye perempuan tu lahir melalui caesarian. tige anak lelaki itu mmg x dpt dinafikan kedegilannya tp sedegil degil mereka pown mereka masih lagi diberikan kasih syg yg cukup oleh ibu bapanya. quite a happy family. a big and happy family. another thing that amazes me is that ibu kpd anak2 kecil ini masih mampu memakai kebaya sewaktu awal2 perkahwinan beliau biarpun beliau dah melahirkan empat org anak.




    ini satu lagi pasangan yg bahagia. mereka anak kedua kpd mak dan abah. cinta pandang pertama katanya. mereka meluahkan rasa cinta lebih byk setelah mereka berkahwin. wanita ini meluaskan sayapnya didlm karier pendidikan demi anak2 bangsa manakala pasangan cinta beliau mempunyai kemahiran yg mengagumkan dlm bidang elektrikal. mereka masih lagi belum mempunyai cahaya mata namun kasih sayang mereka takkan pernah lekang dan segala yg berlaku itu senantiasa ada hikmahnya. untuk pengetahuan umum, wanita ini seorg yg sentiasa menjaga hubungan dgn org2 yg baik dgnnya dan lelaki yg dicintainya juga mempunyai perangai yg hampir sama. gmbr diatas shj sudah cukup utk menggambarkan bertapa dlmnya cinta, kasih dan sayang mereka berdua.




    ini pasangan last yg saya akan ceritekan utk post ni. wanita comel itu anak ketiga kpd mak dan abah. kisah cinta antara wanita ini dan pasangannya bermula sejak mereka tadika lagi. bahkan hubungan mereka ini direstui oleh arwah wan dari dulu. consumer sales executive maybank ni menjalinkan hubungan cinta yg berkekalan dgn seorg sales executive [juge] mitsubishi motors. wanita bertudung biru itu seorg yg ramah dan tidak dinafikan lagi keramahannya itu membuatkan beliau seorg yg dipercayai pelanggan dan dpt mengawal keadaan yg rumit dgn keadaan yg tenang. manakala lelaki berbaju melayu biru itu pula mempunyai perspektif yg luas dlm pelbagai perkara dan itu membuatkan beliau versatil di mata org sekelilingnya. lovebirds ini  dikurniakan seorg cahaya mata.




    budak gemok ni sgt bersemangat. adakalanya 3 org diperlukan utk menjaganya. baru dpt kaki lah katakan. kekurangan yg dihadapi sewaktu dilahirkan tidak menghalang anak kecil ini utk bergembira. dia sentiasa dikasihi dan dicintai oleh semua org terutamanya parentsnya no matter how active he is. 


    anda telah lihat pasangan2 diatas dan anak2 mereka. kasih, sayang dan cinta mereka itu membawa kepada satu bentuk kebahagiaan yg diidamkan oleh mana2 manusia. manusia semestinya memerlukan cinta di dlm hati utk terus hidup. namun cinta manusia itu x dpt ditandingi dgn cinta kpd ALLAH. semoga manusia dpt mencari apa yg diingini dan apa yg diimpikan di bumi cinta ALLAH ini.


    tajok post berkait rapat dgn kahwin dan cinta kerana kesemua mereka itu terdiri di dlm satu keluarga. tiga org wanita itu kesemuanya berjaya utk sampai ke alam perkahwinan dan mengasihi pasangan masing2 serta anak2 mereka sebagaimana yg dilakukan oleh mak dan abah mereka.


    erk. kejap2. jgn lupa ye. mak dan abah tadi ada 4 org anak. yg keempat itu pula x dinafikan lagi masih belum berkahwin dan masih belum bercinta dgn sesiapa. yg keempat itu satu satunya lelaki dlm keluarga itu dan masih lagi menuntut. anak keempat itu adalah penulis blog ini sendiri.




    disebalik senyuman ini ada ceritanya. berjayakah dia utk mencari cinta sejati dan cinta yg boleh dibawa ke akhirat? adakah dia akan mendapat pasangan2 cinta yg mempunyai ketulusan hati dan jujur seperti kakak2 beliau? adakah dia ini dicintai oleh seseorg? kita nantikan sehingga tiba waktunya.


    sekian. salaaam.


    p/s:

    • post kali ni xde kaitan dgn Chinta Chanduri kat tv3 tu ye. harap maklum.
    • hah Badrul Hisyam! jgn lupe bace ni. aku dah tuleh name ko dah ni.
    • mekaseh kpd encik Khairul Nidzam kerana sudi mendgr luahan hati saye di awal pagi td.



  2. 2 whispers:

    1. krunisme said...

      ok2..
      aku dah bce ni..
      happy family..

    2. adekah aku bukan pembaca setia blog kau molar? xaci!