Rss Feed
  1. Musibah : Ia Boleh Datang Bila-Bila.

    Wednesday, August 17, 2011


    senyuman ini 
    yang semua orang rindukan
    namun bila musibah dah datang, 
    kita hanya mampu berdoa 
    dan ikhtiar selagi boleh.

    5/8/2011 - Jumaat

    • Abah suruh Kaklin & Abg Ai pergi hospital. 
    • Kaklin dah start keluar bintik2 kat tgn maka beliau takut kot2 kena Denggi. 
    • pukul 10 - 12, lepas periksa dgn doktor dia kena masuk wad pasal platelet dia rendah.



    9/8/2011 - Selasa

    • masih lagi di wad pasal doktor kata bkn Denggi tapi penyakit lain. 
    • 5:30 pagi tu beliau kata beliau mcm kena cekik, cuba utk panggil nurse tapi suara tak keluar. 
    • pergi tandas, keluar dari tandas je terus mula utk hilang ingatan/perubahan perangai.
    • tarik2 cadar, tak bercakap, asyik baring + tidur je, mata buntang kalau terjaga, agresif tahap kedua [seakan-akan dirasuk, etc]
    • Abah panggil org2 yg mahir dlm ilmu2 perubatan Islam, kurang sikit perubahan perangai.



    10/8/2011 - 11/8 2011 - Rabu - Khamis

    • jadi normal balik, boleh berborak.



    12/8/2011 - 14/8/2011 - Jumaat - Ahad

    • taknak bercakap balik, badan lemah, sama macam hari Selasa tp tak agresif.
    • makin lama makin kurang respons, badan makin lemah.



    15/8/2011 - Isnin

    • waktu nak masukkan tiub ikut hidung [dah nak seminggu tak makan, takde zat dlm badan, terpaksa guna tiub, masukkan susu] ada kesan2 darah, bila tarik guna syringe darah banyak yg keluar.
    • paras oksigen makin rendah, kena pakai alat bantuan pernafasan.
    • doktor kata semakin kritikal, disenaraikan masuk ICU.
    • 4:30 petang masukkan ke ICU dan diteruskan rawatan.



    16/8/2011 - sekarang [17/8/2011] - Selasa - Rabu

    • masih di ICU dan masih lagi dgn rawatan yg dah ditetapkan oleh doktor2 pakar.

    ____________________________________

    *kronologi kat atas ni berdasarkan apa yg saya faham. mungkin berubah mengikut penceritaan org lain.*

    waktu nak tunggu Kaklin masuk ICU tu, saya dengan Kakngah [sepupu], temankan beliau yg sedang terlantar sakit tu. kami berdua sempat la jugak tanya doktor yg tgh periksa Kaklin. dia kata Kaklin ni kena penyakit TTP.

    jadah apa TTP ni? sila check link ini dan link ini utk keterangan lanjut. simptom2 dia sama dgn apa yg Kaklin alami sejak beliau dimasukkan hari pertama ke wad.

    skrg ni bukan nak salahkan doktor ke hape ke. semua org dah buat sedaya upaya. semua org dah buat kerja masing2. skrg ni kita sama doakan kepada ALLAH agar beliau cepat sembuh. 

    "ya ALLAH, kau bantulah akakku ini utk mengharungi segala kesulitan yg Engkau turunkan. kami hanya mampu menyerah kepadaMu. sesungguhnya Engkaulah Maha dlm segala-galanya."

    - well i've been afraid of changes, 'cause i built my life around you -
    Landslide by Fleetwood Mac

  2. 2 whispers:

    1. Manis said...
      This comment has been removed by the author.
    2. me said...

      doa bnyk bnyk rizal. semoga akak ko cepat sembuh yeq :)