*hembus-hembus habuk*
*vakum sana sini*
*lap-lap*
*sapu-sapu*
yep. dah lama sangat aku tinggalkan blog ni.
terabai. kesian dia.
sebenarnya aku ada tulis satu entri pada 14/01/2013 tapi itu lebih kepada meroyan-luahan hati-etc tapi kali ini aku nak ceritakan apa yang dah berlaku dari Januari hingga sekarang.
boleh kan?
alah. kalau tak boleh pun, ini blog aku. kisah pulak apa kau nak kata. haha!
baiklah. ayuh kita teruskan. ehem.
Mekah - Madinah - Umrah
01/02/2013 - 14/02/2013. selama dua minggu aku disana.
9 hari di Mekah dan 5 hari di Madinah.
untuk kali pertama aku ke luar negara.
untuk kali pertama aku ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.
untuk kali pertama aku beribadah tanpa rasa dihakimi.
lain sangat rasanya.
campur pula dengan pengalaman-pengalaman yang menarik dan orang-orang yang bervariasi latar belakang yang datang dengan satu tujuan... beribadah kepada ALLAH.
seriously AWESOME. syukur Alhamdulillah, aku diberikan peluang untuk menjadi tetamu rumah Allah dan penziarah makam Rasulullah. =)
ladang kurma. abaikan jerawat di muka. |
di Masjidil Haram, membelakangi Menara Jam. cover album nasyid katanya. |
lepas menziarah Kilang Al-Quran di Madinah. |
di salah satu pintu di Masjid Nabawi. |
lepas selesai umrah. muka pelik : ya. pakai lipstik : tidak. |
ah lantak apa orang nak kata. |
merpati di sana sihat-sihat kesemuanya. GERAM! |
Rambut
rambut rambut rambut.
kalau siapa yang kenal aku, memang akan tahu betapa obsesnya aku kat rambut aku. simetri, angin, cermin dan yang lain-lain.
tak perlulah aku jelaskan dengan lebih lanjut.
faham-faham sahajalah. hiks.
sebelum ke Tanah Suci haritu, aku putuskan untuk potong rambut.
rambut panjang yang aku sayang...
sobs. *kesat air mata*
dengan alasan malas nak bayar dam [rambut gugur, etc etc etc], aku potong rambut yang panjang tu menjadi lebih pendek.
dan aku tak tahu rambut ni okay ke tak sebenarnya.
banyak wax kena pakai weh!
habis segala kimia meresap dalam otak aku. (-_-)
sebelum. mak aku okay je dengan rambut ni tapi ada pihak kata aku nak jadi perempuan. ah bangang sungguh manusia berfikiran sempit ni. |
Meroyan
eh. tak perlu nak stereotaip sangat.
ingat wanita lepas bersalin je ke yang meroyan?
zaman sekarang semua orang pun boleh meroyan lah.
wanita dara, wanita menopause, bahkan lelaki teruna pun meroyan.
gara-gara "Jiwa Kacau" dan "Kenangan Lalu Mengusik Jiwa".
klise sangat.
yep. aku meroyan.
meroyan kerana itu.
meroyan kerana ini.
meroyan kerana hati.
kadang-kadang benda tu tak penting pun untuk difikirkan secara melampau tapi biasalah.... manusia.
mana pernah sempurna.
akhirnya aku mengguna konsep "Distraction".
gangguan dari apa yang aku meroyan tu.
apa je yang aku buat?
fokus dalam kelas. baca novel menggunung. sibukkan diri dengan aktiviti. luah perasaan yang terbuku kat kawan-kawan rapat. etc etc etc.
dalam usaha mencari siapa diri aku, aku cuba segala cara apa yang ada.
satu senyuman sembunyi seribu rahsia, seribu duka. |
itu sahaja rasanya yang mampu aku tulis untuk entri kali ni.
bergantung kepada anda untuk menganggap ini satu entri serious atau tidak.
bergantung kepada aku untuk tulis apa yang aku nak.
ironi. HAHA!
sekian.
0 whispers:
Post a Comment