Rss Feed
  1. Terima Kasih

    Monday, January 14, 2013

    malam bulan di pagar bintang~

    "OI! SUARA MACAM KATAK TAK PAYAH NYANYI! DIAM!" jerit satu suara yang biasa didengari. 

    aku terdiam. aku teruskan membasuh baju. dalam hati, aku sentap. aku sedih apabila apa yang aku suka buat ditegah. 

    "kenapa aku tak boleh menyanyi?" kataku sendirian dalam hati.

    * * * *

    "weh aku nak tanya...."
    "weh aku nak tanya...." ejek seseorang dengan nada suara yang menyakitkan hati, dengan nada yang jauh dari nada suara aku.

    aku terdiam lagi. aku tutup buku dan aku pergi ke tempat lain. aku sedih sekali lagi. aku tak sangka begini sekali mereka perlakukan aku.

    "ya. mungkin mereka ingin bergurau," pujuk diriku sendiri. 

    * * * *

    "weh Rizal, kau dah.... bla bla bla bla"

    aku dengar tetapi aku biarkan ia melepasi kedua-dua belah telinga aku. 

    jadi beginilah aku? aku hanya wujud apabila kamu semua memerlukan pertolongan? sebelum ni aku hanya bahan cacian dan bahan kutukan? aku punya kewujudan diabaikan dan kerana itulah aku punya perasaan dan hati menjadi permainan?

    baiklah. keluar aku sahaja aku dari sini, aku akan tinggalkan segalanya juga disini. 

    semua memori.
    semua ingatan.
    semua seksaan.
    semua kepahitan.
    SEMUA.

    * * * *

    2 tahun berlalu...

    "weh untuk Perkampungan Canselor nanti nyanyi lagu Raya satu ea?"
    "FESTIK awak ambil watak Tok Siak tau. awak sinis, itu yang saya suka tu,"
    "FESTARI kau wajib join weh. kau boleh menari oh!"

    aku tersenyum. sejak aku masuk ke UPM ini, aku rasa dihargai dan diperlukan. diperlukan bukan kerana terdesak tetapi kerana apa yang sememangnya aku mampu lakukan.

    sebelum ini, aku tidak tahu apa potensi diri aku tetapi di sini, aku berjaya cungkil keluar kebanyakan darinya.

    sebelum ini? aku hanya menjadi apa yang mereka inginkan, bukan diri aku sendiri.
    aku sudah bergerak ke hadapan. aku tinggalkan semua yang dianggap tidak relevan di belakang. 

    mereka masih berada dalam pemikiran cetek yang sama seperti dulu. masih lagi merendahkan kebolehan orang lain. masih tidak dapat menerima hakikat. 

    aku tidak menyesal untuk melupakan mereka. 
    aku tidak menyesal meninggalkan mereka.
    bahkan aku lagi berpuas hati dengan keputusan yang aku ambil.

    - - - -

    nota kaki:
    kepada mereka telah menerima aku seadanya semenjak aku masuk ke Universiti Putra Malaysia ini, aku ucapkan jutaan terima kasih.

    terima kasih kerana menerima aku.
    terima kasih kerana menyedari kewujudan aku.
    terima kasih kerana membantu aku mencari diri aku dan potensi kebolehan aku.
    terima kasih atas segalanya.

    kepada mereka yang membuat 5 tahun aku terseksa dahulu, aku ucapkan juga terima kasih.

    terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa diluar sana terdapat banyak lagi manusia yang tidak prejudis dan masih berperikemanusiaan.
    terima kasih kerana memberi diri aku satu bentuk paksaan untuk bangkit dengan sendiri setelah kamu menjatuhkan aku.
    terima kasih kerana membuka mata aku bahawa sekolah menengah hanyalah satu fasa dan tidak kekal selamanya.
    terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasa kesusahan dahulu sebelum aku menemui satu bentuk kesenangan disini.

    dengan ini aku meninggalkan semua ingatan dan memori aku yang 5 tahun itu dimana ianya bermula, di sekolah itu sendiri.

    aku sudah membuka minda aku. kamu bila lagi? 

    p/s: "weh Maula!" "excuse me, do i know you? kita pernah kenal ke? and who is this Maula? my name is Rizal," -- jangan terkejut jika situasi ini berlaku. aku nekad untuk meninggalkan semuanya di belakang.

  2. aku adalah MC manager [bersama Yap Ee Jia]. dihari kejadian, Ee Jia yang banyak bergerak tapi sebelum hari kejadian, aku yang siapkan sebahagian kerja. pembahagian tugas katanya.

    tugas aku adalah menyediakan teks MC, teks bacaan doa, teks penyampaian anugerah, teks ucapan wakil pelajar tahun akhir, teks ucapan pengetua [yang 5-6 kali suruh tukar teks], teks ucapan VVIP [yang datang 1 jam lewat. TERIMA KASIH DATO!] dan teks2 lain yang berkaitan.

    perasaan aku terhadap majlis? tiada. aku tak dapat nak komen pasal aku dapat rasakan yang HAK BERSUARA AKU DISEKAT OLEH PIHAK ATASAN.

    apa-apa pun, ini je gambar yang sempat diambil. sekian.


    Team Protokol
    [dari kiri] : aku, Am [runner], Syafiq [runner], Aina [MTM pemantau], Oja [Floor manager]. Awan [MTM pemantau], Azlin [Stage manager], Amet [Technical manager], Ee Jia [MC manager]

    bersama Floor manager [Oja]

    bersama MC latar [Neng Nazirah]
    p/s: senyuman paling manis itulah adakalanya menyimpan sakit hati yang paling dalam dan derita yang paling pahit.

  3. Segunung Buku

    Thursday, December 20, 2012

    baiklah. pertama sekali maaf kerana dah lama tak menaip untuk blog ni. rasa macam berdosa pulak mengabaikan kebajikan blog ni. gittuewwww. haha


    apa-apa pun, dari 7hb Disember hari tu hingga 23hb Disember yang akan datang, Big Bad Wolf Books telah mengadakan jualan buku besar-besarannya untuk sekali lagi pada tahun ini. percayalah bila aku kata ni, kerana aku telah pergi jualan buku tu sebanyak LIMA KALI. aku ulangi, LIMA KALI.

    lima kali kali lawatan telah membuatkan aku berjaya meraih lebih dari 25 buah buku. 15 pada hari pertama, 10 pada hari kedua, 3 pada hari ketiga, 4 pada hari keempat dan 5 pada hari kelima. jumlah keseluruhan = 37 buah buku! 

    3 buah aku nak bagi kat mak aku [2 buku cross stitch dan 1 buku ikebana] dan 7 lagi aku bagi kat anak2 buah aku [buku kanak2 lah seharusnya]. yang baki 27 tu aku punyalah!

    hari pertama
    1. The Things That Keep Us Here (Carla Buckley)
    2. People Who Deserve It : Socially Responsible Reasons To Punch Someone In The Face (Casey Rand and Tim Gordon)
    3. A Little Red Book of Very Dirty Words (Alexis Munier)
    4. Thursday's Child (Sonya Hartnett)
    5. The Kindest Thing (Cath Staincliffe)
    6. The Silent Land (Graham Joyce)
    7. Dark Inside (Jeyn Roberts)
    8. The Hypnotist (Lars Kepler)
    9. The Deranged Stalker's Journal Of Pop Culture Shock Therapy (Doug Bratton)
    10. The Almost Moon (Alice Sebold)
    11. The Gift (Cecelia Ahern)
    12. The Dragonfly Pool (Eva Ibottson)
    13. An Apple A Day : Old-Fashioned Proverbs And Why They Still Work (Caroline Taggart)
    14. Spilling The Beans On The Cat's Pyjamas : Popular Expressions - What They Meant and Where We Got Them (Judy Parkinson)
    15. satu buku motivasi yang aku lupa tajuk pasal aku bagi pinjam kat Maisarah. =P 


    hari kedua

    1. Disney's The Little Mermaid (publisher: Parragon)
    2. Thomas And Friends : On The Tracks (publisher: HiT Entertainment)
    3. Hold On Tight, Stripy Horse! (Jim Helmore and Karen Wall)
    4. Alice In Wonderland (Emma Chichester Clark)
    5. 3 buah buku bergambar pasal transportations tapi aku lupa title dengan author pasal aku dah pass kat anak buah aku dah. haha.
    6. Every Dead Thing (John Connolly)
    7. Undercover Tai Tai (Maya O. Calica)
    8. A Thousand Years of Good Prayers (Yiyun Li) 

    hari ketiga
    1. Tales Of Beedle The Bard (JK Rowling)
    2. Wicked (Gregory Maguire)
    3. Mistress Of Spices (Chitra Banerjee Divakaruni)


    hari keempat
    1. Incantation (Alice Hoffman)
    2. The Poisoned House (Michael Ford)
    3. Freaky Green Eyes : Can You See The Truth? (Joyce Carol Oates)
    4. Miso Pretty Sudoku (Frank Longo)

    hari kelima
    1. Lobcocks And Fartleberries : 18th Century Insults To Confound Your Foes (Francis Grose)
    2. The Book Of Hard Words (David Bramwell)
    3. Cross Stich Collection: On Safari (publisher: David and Charles Book)
    4. Cross Stich : By The Sea (Ursula Michael)
    5. Ikebana : A Fresh Look At Japanese Flower Arranging (Diane Norman & Michelle Norman)

    oh wait there's MORE!
    jangan ingat yang aku beli buku kat Mines Convention Centre itu SAHAJA. jangan lupa yang aku juga ada share kat Kinokuniya sana tu. haha.
    aku juga telah beli buku2 daripada Buku Fixi, Lejen Press dan buku-buku lain sepanjang semester ini dah sebelum jualan buku Big Bad Wolf itu.  

    1. Jerat (Dayang Noor)
    2. Tabu (Shaz Johar)
    3. Pecah (Khairulnizam Bakeri)
    4. Cerpen (Nadia Khan)
    5. Dosa (Nuril Basri)
    6. Mangsa (Gina Yap Lai Yoong)
    7. Mental (Shaz Johar) 
    8. Cekik (Ridhwan Saidi)
    9. Gergasi (Khairul Nizam Khairani)
    10. Bola (publisher: Buku Fixi)
    11. #CeritaSeram (Jarr Najmuddean)
    12. Kontrol Histeria (publisher: Lejen Press)
    13. Ketakutan (publisher: Lejen Press)
    14. Kolonial Mimpi (Sahidzan Salleh)
    15. Cerpen Twitter (Ajami Hashim)
    16. The Perks of Being a Wallflower (Stephen Chbosky)
    17. Miss Peregrine's Home for Peculiar Children (Ransom Riggs)




    jumlah = 17 buah buku.
    jumlah keseluruhan buku yang aku miliki sem ni = 17 + 37 = 54!
    LIMA PULUH EMPAT BUAH BUKU DALAM MASA 4 BULAN! gila sungguh. O_O 

    begitulah dia kalau orang tu dah gila buku kan? hiks. ini lah antara punca kenapa sem ni aku jatuh merudum aku punya pointer [selain dari aktiviti kolej yang sangat SANGAT padat]. dah macam katalog pun ada dah aku tengok kat atas ni. 

    moga2 sem depan aku tak perlu berbelanja dengan banyak untuk buku2 lagi. boleh jimat duit sikit sem depan. =3

    sekian dari saya. ciao.

    p/s: mungkinkah misi aku untuk mendapat ini tercapai? amiiiin insyaAllah. =)



  4. Festival Tari Interkolej

    Saturday, October 27, 2012

    ini yang kita panggil anjakan paradigma.
    ini yang kita panggil revolusi.
    =)

    Tarian Tradisional - Zapin Malaysia

    Tarian Kreatif - Daurah


    p/s: dapat Anugerah Khas Juri je untuk kategori tradisional. juri suka dengan tarian zapin tu tapi tak cukup kemas/tak cukup seragam.

    p/s 2: cuba lah cari yang mana satu aku. haha.

  5. 10 Minggu

    Monday, August 27, 2012


    hello. maafkan aku kerana dah lama aku tak menulis kat blog ni. sibuk katanya. baru-baru ni, aku lebih banyak mengaktifkan diri dalam Twitter. kalau nak jumpa kat twitter, search saja @rizal_everdeen. mih mih mih.

    aku masih lagi dalam sesi bercuti. cuti semester dari 23 jun haritu sehingga 9 september akan datang. 11 minggu kot cuti. mati la kalau cuti ni online semata-mata. nak kerja part-time, tak boleh pasal kena teman emak yang masih lagi dalam tempoh mengambil kembali kekuatan setelah pemergian suami [ayah aku]. makanya, aku beli buku bebanyak lepas tu baca puas-puas sampai pengsan. haha.

    ayuh kita lihat apa yang aku berjaya baca sehingga sekarang ni!


    1) Freaks [Author : Kieran Larwood]

    2) Five People You Meet In Heaven [Author : Mitch Albom]


    3) For One More Day [Author : Mitch Albom]

    4) Partials [Author : Dan Wells]

    5) Raven Mysteries : Ghosts And Gadgets [Author : Marcus Sedgwick]

    6) Raven Mysteries : Lunatics And Luck [Author : Marcus Sedgwick]

    7) The Golden Compass/Northern Lights [Author : Philip Pullman]

    8) The Subtle Knife [Author : Philip Pullman]

    9) The Amber Spyglass [Author : Philip Pullman]

    10) Raven Mysteries : Vampires And Volts [Author : Marcus Sedgwick]

    11) Raven Mysteries : Magic And Mayhem [Author : Marcus Sedgwick]

    12) Have A Little Faith [Author : Mitch Albom]

    13) Room [Author : Emma Donoghue]

    14) Invasi [Author : Raja Faisal]

    15) Hilang [Author : Dayang Noor]

    16) Murtad [Author : Hasrul Rizwan]

    17) Dendam [Author : Affifudin Omar]

    18) Zombijaya [Author : Adib Zaini]

    19) Bisik [Author : Syaihan Syafiq]

    20) Licik [Author : Sham Hashim & Julie Ann]

    21) Kelabu [Author : Nadia Khan]

    21 buah kesemuanya. target sebenar adalah 22 buah tapi kita lihat dulu minggu depan masih ada masa untuk membaca sebuah lagi atau tidak. minggu depan dah nak masuk UPM balik dah oh! teruja sekejap. hiks.

    sekali lagi, minta maaf [kepada siapa aku pun tak tau pasal aku pun tak pasti ada orang baca ke tak blog aku ni] pasal dah jarang menulis diruangan blogger ini. kalau nak lihat keaktifan melampau tahap hyper, boleh la lawat di ruangan twitter [@rizal_everdeen] ye? hiks.